Sunday 8 July 2012

Nilai Seorang Manusia


Rasullulah bersabda yang bermaksud ;
" sesungguhnya Allah s.w.t tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu "
( Riwayat Muslin)

Nilai seorang manusia yang paling utama terletak pada amal perbuatan yang dilakukannya, sesekali bukan pada rupa paras. Jika baik tingkah lakunya, maka baik la dia pada pandangan kita dan begitulah sebaliknya. Namun pada pandangan Allah, selain tingkah laku dan amalan, nilai yang terpenting adalah pada niat orang yang melakukan sesuatu amalan perbuatan itu sendiri.
Niat bermaksud tujuan sesuatu perkara dilakukan iaitu sejauh mana keikhlasannya. Sesuatu kebaikan yang ada `udang di sebalik batu` tidak boleh di kategorikan sebagai ikhlas. Ikhlas adalah membuat sesuatu kebaikan semata-mata kebaikan itu sendiri dan tidak mengharapkan balasan selain daripada balasan Allah.
Ikhlas dalam kerja bermakna dia tidak akan melaksanakan kerja yang di amanahkan itu sekadar melepaskan batuk di tangga atau bukan semata-mata kerana upah yang di terimanya setiap bulan. Bahkan dia menganggap kerjanya itu sebagai satu ibadah yang diwajibkan ke atasnya dan harus dilaksanakan dengan sempurna.
Bekerja dengan niat yang ikhlas dan meningkatkan produktiviti dan dapat menghasilkan kerja-kerja yang bermutu. Keikhlasan itu akan dapat menjamin kehidupan yang mulia di dunia dan akhirat. Itulah yang kita harapkan.

No comments:

Post a Comment