Thursday 20 October 2011

Pembakar semangat !!!


Hmmm ni ada satu news qia nk share dengan semua... masa qia tgh2 baca utusan online ada satu tajuk ni menarik perhatian qia untuk di kongsi bersama... walaupon news dh agak lama tp xpela kita boleh ambil iktibar dari news ni...  ni news pada tahun 2004....

`Pelajar cemerlang KPTM - Tawaran ke USM ditolak kerana kemiskinan` 
                               

PENERIMA Anugerah Emas Kolej Poly-Tech Mara (KPTM), Nur Jannat Jailani, 27, tidak pernah menyesal menolak tawaran ke program matrikulasi di Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 1994.
Keputusannya itu bukan untuk suka-suka tetapi mempunyai alasan yang mungkin jarang difikirkan oleh remaja sekarang.
Dia menangguh cita-citanya menyambung pelajaran ke universiti selepas kematian bapanya akibat kanser usus, demi membantu ibunya, Saemah Jamhari, 55, menyekolahkan dua adiknya dan memastikan kakaknya, tamat pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM).
Menurut bekas pelajar aliran Sains Kolej Tunku Kurshiah, Seremban yang memperoleh agregat lapan semasa Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu, ilmu boleh dicari pada bila-bila masa.
``Saya tidak menyesal walaupun sedih tetapi demi emak yang terpaksa berhempas pulas menyara tiga anaknya yang lain saya rela menangguh cita-cita tersebut dan bekerja sebagai guru tuisyen,'' katanya yang berasal dari Batu Pahat, Johor.
Menurut Nur Jannat, umur bukan penghalang untuk seseorang mengejar ilmu setinggi mana pun, yang penting adalah keazaman.
Setelah dua adiknya tamat persekolahan, Nur Jannat menyambung cita-citanya pada tahun 2001 dan memilih KPTM untuk mengikuti pengajian Diploma Sistem dan Rangkaian Komputer, walaupun keputusan SPMnya melayakkan dia menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
``Saya lebih meminati pembelajaran yang disertakan banyak latihan amali dan KPTM menawarkan program sedemikian terutama dalam kursus Sistem dan Rangkaian Komputer berbanding IPTA,'' katanya selepas majlis konvokesyen KPTM di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Nur Jannat memilih KPTM Batu Pahat, yang dahulu dikenali sebagai Akademi Infotech Mara Batu Pahat, kerana mahu menjaga ibunya selain meneruskan tugasnya sebagai guru tuisyen mata pelajaran Matematik Tambahan dengan pendapatan kira-kira RM400 sebulan.
``Tugas sebagai guru tuisyen tidak pernah mengganggu pelajaran saya kerana bagi saya ilmu mudah diperoleh jika kita memberi tumpuan semasa kuliah dan rajin bertanya dan berjumpa dengan pensyarah,'' katanya.
Sementara itu ibunya, Saemah berkata, dia tidak pernah meminta anaknya membuat keputusan menangguhkan pelajarannya.
``Walaupun pada mulanya sedih dengan keputusan dia tetapi saya tahu Nur Jannat lebih memahami keputusan yang dibuat dan pengorbanannya berbaloi akhirnya hari ini dia berjaya dengan cemerlang malah adiknya juga kini menyambung pelajaran di Universiti Teknologi Malaysia (UTM),'' katanya yang masih lagi bertugas sebagai pembantu di Hospital Batu Pahat.
Menurut Saemah, dia dapat melihat kecerdikan Nur Jannat sejak kecil lagi apabila anaknya itu berjaya khatam Al-Quran semasa berusia tujuh tahun dan mampu membaca pada usia tiga tahun.
Sepanjang pengajian, Nur Jannat menerima Anugerah Pengetua dan Anugerah Dekan selama enam semeter berturut-turut selain aktif kokurikulum dan pernah mewakili Johor dalam Kuiz Bina Bangsa 2002.
Dalam pada itu, pada majlis konvokesyen tersebut, Nur Jannat turut menerima Anugerah Pingat Perak KPTM dan Anugerah Khas Rektor.
Dia yang bercita-cita menjadi pensyarah, berhasrat menyambung pengajian dalam bidang yang sama di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO).
Sementara itu Penerima Anugerah Cemerlang Keseluruhan Akademi Infotech Mara Muhammad Zahid Mohd Izam, 26, mempunyai tekad yang sama seperti Nur Jannat iaitu umur bukan penghalang untuk mengejar ilmu.
Bagi Muhammad Zahid, keputusannya untuk terus bekerja selepas tamat SPM, memberinya peluang menimba pengalaman dan membuka mindanya terhadap pentingnya ilmu.
Selepas dua tahun bekerja dia mengambil keputusan menyambung pelajaran di peringkat Diploma Sistem dan Rangkaian Komputer di akademi tersebut di Alor Setar.
``Tidak ada istilah terlambat dalam mengejar ilmu kerana ilmu itu perlu dicari sehingga akhir hayat dan saya tidak malu bersaing dengan rakan sekuliah yang jauh lebih muda malah mereka adalah pendorong saya,'' katanya yang berasal Sungai Petani, Kedah.
Menurut Muhammad Zahid dia mengamalkan pembelajaran bijak iaitu memberi tumpuan sepenuhnya semasa kuliah.


**hmmm usia bukan penghalang untuk kita mencari ilmu........................

No comments:

Post a Comment