Wednesday 18 January 2012

Di kala Gerimis...




Kala ini hujan turun renyai-renyai, roomate aku lena jer tido... xpe la xnak kacau dia, maybe penat baru habis kuliah... hmm lepas abis baca novel kat online aku pon bukak la MUKABUKU yang begitu femes sekarang. maklumlah, segala pasal kuliah, assigment n yang sewaktu dengannya semua post kat FB jer . senang katanya nak info kat semua. save bajet kredit. mesej awek ,pakwe xpe.. lain citer plak katanya... kata sape saya xtau okey... fikirlah sendiri....

Alhamdullillah.... tenet WIFI dapat plak hari.. dapat la aku online sepuas hati melayari belog yang entah pape ni.... hehhe..  first aku tgk la sape la nak add aku tu... kalu xkenal aku biarkan dulu, bukan sombong erk tapi memang style aku n xnak bg wall aku semak ngn orang yang aku xkenal..... cehhh berlagak tak??? pahtu aku tengok inbok plok... dh balas aku chek comment plok.. huhu.... byk jugak yang komen... femes gak  ker aku ni.... cehhhh perasaan la pulak...

Lepas aku balas semua komen2 diaorang tu... aku pun baca gak apa yang member2 aku post kat wall diaorang tu kan... macam-macam cerita la... ada yang citer best hari dapat kupon buku i malaysia tu... ada yang mengutuk orang la... ada yang meluahkan perasaan la... bak kata trademark  astro yg dulu-dulu tu... "macam-macam ada"... huahuahua... Tiba-tiba....

Aku ternampak kat ruangan FB.. `people may you know`.... nak tahu tak siapa??? Aku rasa xperlu la kot.. yang tu yang hati aku jer yang tahu...... bak kata kak siti nurhaliza penyanyi no 1 tu la... BIARLAH RAHSIA... sebenarnya banyak yang aku nak share tapi aku tak tahu dari mana nak mula...  cuma belog ni la aku rasa blh luah kan sikit apa aku yang pendam kan...  aku xkisah la apa orang nak kata... yang rasa sakit aku jugak... tapi apa pun aku tumpang hepy bila tengok kawan2 hepy... AKU??? aku pun hepy gak walau dengan cara aku. sebab aku jer  yang tahu.... 

Bila tengok kawan2 kapel sekarang... aku xrasa pun nak kapel.. kenapa erk...  maybe aku takut pengalaman yang berulang? mungkin jugak. dunia sekarang susah nak cari orang betul2 boleh terima diri kita seadanya... setia di sisi selamanya.... xkira la lelaki ker prempuan ker sama jer... Biar la aku tak mahu menyimpan dendam.. memaafkan itu lebih baik... aku serah kan segala pada NYA. hanya DIA yang maha mengetahui segala-galanya... Aku redha... moga ini terbaik buat `dia` jugak untuk aku...  bukakan la pintu hati aku untuk orang yang sebetulnya jodoh buat ku, untuk orang setia menanti aku dan bukan untuk orang yang mengkhianati kesetiaan itu ...mungkin cinta selepas kawin lebih baik. Biarlah masa jadi penentu..  Amin.....


..Ku sangkakan panas berpanjangan,
rupanya gerimis mengundang,
dalam tak sedar ku kebasahan,
pernah juga kau pinta perpisahan,
aku sangkakan itu hanya lah gurauan,
nyata kau serius dalam senyuman,
bukan sekejab dengan mu, bukan mainan hasrat ku,
engkau pun tahu niat ku tulus dan suci, 
senang benar kau ucapkan,
kau anggap itu suratan,
sikit pun riak wajah mu tiada terkilan,
hanya aku separuh nyawa menahan sebak di dada,
sedangkan kau bersahaja berlalu tanpa kata,
terasa diri amat terhina kau lakukan... 

Wednesday 4 January 2012

Bengang !!!

Kalu sape-sape nak baca silakan, kalu xnak, xpayah diam-diam sudah. Lantak la korang nak kata apa, ni aku punyer blog, so suka hati aku nak tulis apa okey... Yang pasti hari ni mood aku betul tension, geram, xpuas hati, marah pun ada. Hari ni betul2 buat aku panas...  


Hari ni daftar untuk semester baru... yang buat aku geram, marah dan xpuas hati sebab tetiba jer aku kena kompaun sebab bilik kotor n xserah kunci bilik lama. dah la kena RM80 ringgit. xker mahal namanya. Yang aku pasti aku memang dah serah kunci tu. n bilik pon aku dah kemas. Yang aku pelik bile aku cheak kat system pelajar xada plak aku kena kompaun.  ee system ni betul2 gila agaknya. nampaknya semester ni kena ambik gambar untuk bukti nanti. betul2 aku xpuas hati.

Bukan aku jer yang kena, boleh katakan kebanyakan student yang tinggal kat hostel pon kena. paling2 tak pon kena RM30 ringgit. wah kaya tol kolej hari ni dapat pau duit student.  tapi ada gak yang kena lg banyak sampai RM120. yang peliknya semua tak tahu salah apa yang diorang buat. Notis kompaun pun diorang tak dapat. semua student bising pasal hal ni... betul2 sesak ruangan akedemik tadi...

Nasib aku agak baik sikit la.. Jumpa sorang kawan dia cakap kita boleh buat aduan kat unit pentadbiran, so aku pun buat juga komplain..  Jangan ingat kami boleh diam . kalu betul kami salah atleast bagi la tahu sebab apa.

So, harap lepas ni pihak2 berkaitan boleh membaiki lagi system yang sedia ada kepada lebih elok. supaya kejadian hari ini tidak lagi berulang.  Aku bukan apa, cuma nak luah rasa terkilan dan xpuas hati. Ini blog aku. so suka hati aku la.....

kesibukan akan bermula....

salam buat semua....
rasanya xsalah n xterlambat untuk qia ucapkan selamat tahun baru 2012...
harap tahun ni akan lebih bermakna. pergi la 2011 yang banyak memberi duka untuk aku... dah-dah tau mau sedih2 kan... hai sekejab jer dah habis cuti dah... cepat tol masa berlalu. buka tahun  baru bermakna bermula la semester baru bagi pelajar kolej macam aku ni. sekarang aku dah masuk semester 4.  well, aku harap semester ni aku lebih fokus la.. xmau  main-main...  untuk semester ni aku ambik 6 subjek,
  • Organizational Behavior
  • Commercial Law
  • Islamic Business
  • Introduction To Finance
  • Introduction To Cost & Management Accounting
  • Bahasa Arab
Fuhh... ada rasa gerun tak??? sahut cabaran.. insyaAllah janji kita usaha. Betul tak???