Tuesday 15 November 2011

cuti semester bermula !!!

salam semua...
hah asenye agak lama x menjengah kat ruangan blog ni, maklum la sibuk dengan peperiksaan akhir semester. lagipon kita baru lepas menyambut hari raya aidilahda. esok adalah paper last qia, paper E-COMMERCE CONCEPTS & APPLICATION. lepas tu dah start cuti semester.. ase macam baru masuk jer semester tapi dah abis semester.  so, SELAMAT BERCUTI SEMUA....

Saturday 29 October 2011

Doa ku...

Ya ALLAH...
Seandainya telah kau catatkan
dia milik ku, tercipta untuk ku,
satukan lah hatinya dengan hati ku,
titipkanlah kebahagiaan antara kami,
agar kemesraan itu abadi....

Ya ALLAH ...
Ya TUHAN ku yang maha mengasihi,
seiringkanlah kami melayari hidup ini,
ketepian yang sejahtera dan abadi....

tetapi Ya ALLAH...
seandainya telah kau catatkan,
dia bukan milik ku,
bawalah ia jauh dari pandangan ku...
luputkanlah ia dari ingatan ku...
pelihara aku dari kekecewaan...

serta Ya ALLAH...
ya tuhan ku maha mengerti,
berikanlah aku kekuatan,
melontar bayangnya jauh ke dada langit,
hilang bersama senja nan merah,
agar bisa ku bahagia,
walau tanpa bersamanya...

dan Ya ALLAH yang tercinta,..
gantikan lah yang telah hilang,
tumbuhkanlah kembali yang telah,
walau tidak sama dengan dirinya....

dan Ya ALLAH Ya tuhan ku....
pasrahkan lah aku dengan takdir mu,
sesungguhnya apa yang telah kau takdirkan,
adalah terbaik untuk ku, kerana kau yang maha mengetahui,
apa yang terbaik buat hamba mu ini....

Ya ALLAH...
cukuplah kau saja yang menjadi pemelihara ku,
di dunia dan akhirat,
dengarlah rintihan hamba mu,
yang daif ini...
jangan kau biar aku bersendirian,
menjurus kearah kemaksiatan dan kemungkaran,

maka kurniakan aku,
seorang pasangan yang beriman,
supaya aku dan dia sama-sama,
membina kesejahteraan hidup,
ke arah jalan yang Engkau redhai....
kurniakanlah aku keturunan yang soleh....

Amin ya rabbal a`lamin......




Wednesday 26 October 2011

Buku ooo Buku...

salam semua.... and happy deepavali untuk kawan2 beragama hindu..


hah setelah beberapa hari qia balik umah makcik kat KL, hari qia nak balik bangi dh, so naik ktm kat KL SENTRAL, member adik ada bagitahu ada pesta buku kat sana.. pesta BUKU?? heheh , qia ni memg xleh dengar buku2 ni... msti nak kena pergi ni... heheh BUKU adalah salah satu kegemaran qia...

so, pergi la tgk2 dulu kononnya la.... hai (sbnrnye xleh percaya pon)...ronda2 tgk byk gak buku2 yg berkenan tapi time tu xcukup bajet la plak so xleh la beli byk2.. masa tengah2 ronda tu kat stage dia ada temubual bersama penulis buku sejarah2 islam, lupa plak nama apa, tapi qia sempat gak la snap gambar...


hehehe... banyak gak la buku2 yg di jual dari novel, kisah2 sejarah islam, buku2 motivasi dan mcm2 lg... bagi mereka yang suka membaca ini la syurganya tapi....... kena la ada fulusss..


 AL-QURAN  ni qia kagum sangat2. kitab ni dh agak lama la tapi xsure brape tahun. yang ajaibnya hanya bahagian tepi jer yg di makan anai2.. dkt2 tulisan tu masih elokk... inilah kebesaran Allah... kat bawah ni keterangan dia..

Hmmm... kuasa Allah...


novelllllllllllll....

 pelbagai buku2 berunsur keagamaan dan motivasi...


buku2 masakan pun ada juga...


tengah ronda tu ada la satu buku ni yang berkenan... MISTERI JODOH. Buku ni mcm motivasi gak la... jangan fikir bukan2 plak ye kawan2 semua.... sebenarnya banyak buku2 yang menarik tapi xcukup bajet hehhe...



sweet jer buku ni kan....???
Hmmmmmm...............

Monday 24 October 2011

Bila perempuan menangis.....

hmm ni just nk share jer... link ni aku ambil kat FB...






BILA PEREMPUAN MENANGIS


Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki? Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis...

Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda.
... ...
Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya,
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan anda,
Hanya kerana anda?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Guys,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan. Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda. Kerana anda akan merosakkan hidup dia.

Guys, jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya...




SmileyCentral.com         SmileyCentral.com

OMG !!!

Omg!!!! hai final dh dekat.. study plok mcm gitu2 jer mcm mana ni....  tengah hari memang time yg xsesuai nk study... layan tenet or ZzzzZzzzz.. lg bagus kan2 hhaha... bukan ape kalu study time ni pon susah nak masuk susah nak faham... kiranya waktu paling sesuai malam, tapi ikut style masing2 ler... terbaekkk la.. hahah... sebenarnya xtahu nk wak pe ni.. so merapu jer la kat blog ni...

SmileyCentral.com

hehhe... hmmm cepat tol masa ni berlalu...

SmileyCentral.com
jeng jeng jeng !!!
 hmmm apa2 pon harap aku dapat buat terbaik untuk final ni...
INSYAALLAH....

Friday 21 October 2011

Soalan Paling Femess!!!!!

Alahaiiiiiiiiii !!!!!!!
apa masalah la malam ni... aku pon xfaham...
kenapa semua orang asyik dok tanye benda yang sama jer malam ni... korg dah xde soalan lain ker dari soalan tuuuuuu..... hhmmmmmm.. "bila nak kahwin". asal soalan tu jadi femes sangat erkkk... cerciter sikit.. .. 

On jer MUKA BUKU ada yang menegur, ok la kan kawan2 so kite pon tegur la dia balik... mula-mula sorg, pahtu datang sorg lagi then brape banyak sorang pon tak tahu la.... xpe la dah kawan kan so kite layan jer....borak punyer borak, kononnye tak tnye kabar la kan lama xjumpe la, nak tahu khabar berita la... nak gosip2 pon ada gak tau.. layan2... tapi yang xtahannye balik-balik soklan  maut tu gak yg ditanya??? "bila nak kawen?" "bila nak makan nasi minyak" "bila nak hantar kad walimatul urus" dan banyak la bila2 lagi.. mcm2 `bila` ada... arghhhh geram pon ada, tension pon ada, hepi ada la sikit2 hehehhe :) 
SmileyCentral.com

sebenarnya sahabat-sahabat ku yang tersayam semua2 ni.... jawapan aku senang jerr.... " belum sampai seru la" hahah ok dok jawapan tu... boleh la di terimakan. senang dan tepat. HAH !!! puas hati semua?? xpuas hati pon buat2 puas la erk... 

Hahahah... semua sabar erk... kalu dah sampai seru tu nanti sy kahwin la.. then saya jemput la semua kawan2 tersayam ok... Lagi pon umur sy ni muda lagi hehehhe.....  (memang muda la xsampai 30 thn lg hehhe) lagipun saya ni masih bergelar mahasiswi... masih seorang pelajar... so yang penting abis kan belajar dulu, then keje... "kejar cita2 dulu sebelum kejar cinta" betul tak??

Lagipun soal tu jodoh tu susah nak diperkatakan. Itu adalah urusan -NYA.  Ajal maut jodoh pertemuan kita dah ditentukan. cuma kita jer yang tahu bila semua akan berlaku... Allah dah tetapkan aturannya untuk kita hambanya. dan aturanNYA adalah terbaik untuk kita. Setiap apa yang terjadi dalam kehidupan kita ni pasti ada hikmah di sebaliknya... Aturan Allah itu sungguh indah untuk hambaNYA...

So, diharapkan kekawan semua faham then boleh terima jawapan aku ni... itu lah yang terbaik...

Bukan MiLiK Ku LaGi

kau makin hilang makin jauh di pandangan,
tak bisa untuk ku menghalang,
puas sudah ku cuba memujuk mu,
tapi ternyata hampa...
kau mengapa hancurkan hati ku,
ooooo...oooo... batin ku menangis kerana mu,
ku petikkan gitar ku,
ini menghiburkan hati ku yang sepi,
kerana ditinggalkan kekasih yang aku sayangi...
tak bisa tuk`ku melupakan,
kenangan indah bersama mu,
namun pon aku akui,
kau bukan milik ku lagi...
maafkan aku wahai kekasih,
kerna jodoh mu bukannya dengan ku,
ku petikkan gitar ku,
ini menghiburkan hati ku yang sepi,
kerna ditinggalkan kekasih yang aku sayangi..
tak bisa tuk`ku melupakan,
kenangan indah bersama mu,
namun pon aku akui,
kau bukan milik ku lagi...
kau makin hilang makin jauh di pandangan,
tak bisa untuk ku menghalang,
terpisah jua irama dan lagu...
cinta menjadi debu....

** tetibe ase cam nak jiwang kejab.....

Thursday 20 October 2011

Pembakar semangat !!!


Hmmm ni ada satu news qia nk share dengan semua... masa qia tgh2 baca utusan online ada satu tajuk ni menarik perhatian qia untuk di kongsi bersama... walaupon news dh agak lama tp xpela kita boleh ambil iktibar dari news ni...  ni news pada tahun 2004....

`Pelajar cemerlang KPTM - Tawaran ke USM ditolak kerana kemiskinan` 
                               

PENERIMA Anugerah Emas Kolej Poly-Tech Mara (KPTM), Nur Jannat Jailani, 27, tidak pernah menyesal menolak tawaran ke program matrikulasi di Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 1994.
Keputusannya itu bukan untuk suka-suka tetapi mempunyai alasan yang mungkin jarang difikirkan oleh remaja sekarang.
Dia menangguh cita-citanya menyambung pelajaran ke universiti selepas kematian bapanya akibat kanser usus, demi membantu ibunya, Saemah Jamhari, 55, menyekolahkan dua adiknya dan memastikan kakaknya, tamat pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM).
Menurut bekas pelajar aliran Sains Kolej Tunku Kurshiah, Seremban yang memperoleh agregat lapan semasa Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu, ilmu boleh dicari pada bila-bila masa.
``Saya tidak menyesal walaupun sedih tetapi demi emak yang terpaksa berhempas pulas menyara tiga anaknya yang lain saya rela menangguh cita-cita tersebut dan bekerja sebagai guru tuisyen,'' katanya yang berasal dari Batu Pahat, Johor.
Menurut Nur Jannat, umur bukan penghalang untuk seseorang mengejar ilmu setinggi mana pun, yang penting adalah keazaman.
Setelah dua adiknya tamat persekolahan, Nur Jannat menyambung cita-citanya pada tahun 2001 dan memilih KPTM untuk mengikuti pengajian Diploma Sistem dan Rangkaian Komputer, walaupun keputusan SPMnya melayakkan dia menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
``Saya lebih meminati pembelajaran yang disertakan banyak latihan amali dan KPTM menawarkan program sedemikian terutama dalam kursus Sistem dan Rangkaian Komputer berbanding IPTA,'' katanya selepas majlis konvokesyen KPTM di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Nur Jannat memilih KPTM Batu Pahat, yang dahulu dikenali sebagai Akademi Infotech Mara Batu Pahat, kerana mahu menjaga ibunya selain meneruskan tugasnya sebagai guru tuisyen mata pelajaran Matematik Tambahan dengan pendapatan kira-kira RM400 sebulan.
``Tugas sebagai guru tuisyen tidak pernah mengganggu pelajaran saya kerana bagi saya ilmu mudah diperoleh jika kita memberi tumpuan semasa kuliah dan rajin bertanya dan berjumpa dengan pensyarah,'' katanya.
Sementara itu ibunya, Saemah berkata, dia tidak pernah meminta anaknya membuat keputusan menangguhkan pelajarannya.
``Walaupun pada mulanya sedih dengan keputusan dia tetapi saya tahu Nur Jannat lebih memahami keputusan yang dibuat dan pengorbanannya berbaloi akhirnya hari ini dia berjaya dengan cemerlang malah adiknya juga kini menyambung pelajaran di Universiti Teknologi Malaysia (UTM),'' katanya yang masih lagi bertugas sebagai pembantu di Hospital Batu Pahat.
Menurut Saemah, dia dapat melihat kecerdikan Nur Jannat sejak kecil lagi apabila anaknya itu berjaya khatam Al-Quran semasa berusia tujuh tahun dan mampu membaca pada usia tiga tahun.
Sepanjang pengajian, Nur Jannat menerima Anugerah Pengetua dan Anugerah Dekan selama enam semeter berturut-turut selain aktif kokurikulum dan pernah mewakili Johor dalam Kuiz Bina Bangsa 2002.
Dalam pada itu, pada majlis konvokesyen tersebut, Nur Jannat turut menerima Anugerah Pingat Perak KPTM dan Anugerah Khas Rektor.
Dia yang bercita-cita menjadi pensyarah, berhasrat menyambung pengajian dalam bidang yang sama di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO).
Sementara itu Penerima Anugerah Cemerlang Keseluruhan Akademi Infotech Mara Muhammad Zahid Mohd Izam, 26, mempunyai tekad yang sama seperti Nur Jannat iaitu umur bukan penghalang untuk mengejar ilmu.
Bagi Muhammad Zahid, keputusannya untuk terus bekerja selepas tamat SPM, memberinya peluang menimba pengalaman dan membuka mindanya terhadap pentingnya ilmu.
Selepas dua tahun bekerja dia mengambil keputusan menyambung pelajaran di peringkat Diploma Sistem dan Rangkaian Komputer di akademi tersebut di Alor Setar.
``Tidak ada istilah terlambat dalam mengejar ilmu kerana ilmu itu perlu dicari sehingga akhir hayat dan saya tidak malu bersaing dengan rakan sekuliah yang jauh lebih muda malah mereka adalah pendorong saya,'' katanya yang berasal Sungai Petani, Kedah.
Menurut Muhammad Zahid dia mengamalkan pembelajaran bijak iaitu memberi tumpuan sepenuhnya semasa kuliah.


**hmmm usia bukan penghalang untuk kita mencari ilmu........................

..mau update !!!

hai.. salam buat semua.........
hmm sekarang baru sempat nak update, seminggu dua yg lepas qia agak bzzzzzzzzzz... acecece kalah menteri ker?? eh x la.. cuma agak sibuk dengan test dan final project presentation. hmm Alhamdullillah, sekarang agak lega sikit.. semua dh settle just nk focus utk final exam jer xlama lagi... hmmm nk share citer la pasal ape yg qia dok2 bz2 tu...  2 mggu lepas agak memenatkan jugak kan la, sibuk dengan ulangkaji untuk test pastu sibuk nk  kena prepare untuk presentation la... nasib baik untuk subjek E-COMMERCE kawan2 byk bantu kalu x hancur la..thank untuk teha n joji..  dh la hari yg sama qia kena present utk final project SELLING PRACTICE. Hmm tp apa2 pon semua dh settle, semua berjalan lancar walaupon masa qia dan group qia present tu agak kelam kabut gak tp lecture cakap overall ok, just kena prepare lebih next time..  OMG !!!...  so, sekarang boleh la rest2 sikit,

Wah wah... pejam celik pejam celik dah nak abis pon semester ni... cepat plak asenya masa berlalu.... FINAL EXAM !!!!! coming soon?? haha xpayah nak coming soon sgt, lagi dua mggu... ni lah masa untuk terakhir untuk berjuang sebaik mungkin untuk semester ni... harap pointer meningkat la sem ni...
mggu yg meng`stress`kan...

comfirn ada yg mcm ni nanti....


Apa-apa pun qia harap dapat buat yang terbaik untuk final nanti.......
GOOD LUCK !!!!...........

Friday 7 October 2011

..NaSiB aKu...

hmm...
ape la nasib diri ku ini, wah2 jiwang la plok, 
sebenarnya aku sedih. nok oyak citor la ni
.... 2 hari lepas ID pelajar aku bersama LIBRARY CARD hilang, 
huahuahua cedih sangat-sangat, dh puas cari siap tanya pak and mak guard lg.... 
citer dia bermula macam ni,..
pada 2 hari lepas,
 aku ada kelas PHR atau bahasa melayunya kelas pengurusan sumber manusia, 
kelas kat blok D, tp pagi tu kelas berkenaan digunakan untuk exam, 
so class kami bertukar la ke blok B plak,
 dah la tingkat 3 penat nak naik tangga. 
So pergi la kelas tu, yang aku perasan ID tu masih ada masa dalam kelas tu, 
masa lecture ngah mengajar,
 aku ambk ID yg tergantung kat tudung tu aku letak kat beg.
 masa tu sure sangat ID tu masih ada. 
 Aku terperasan ID tu hilang bila nk kuar dari kelas tu... 
tgk2 bekas yg aku letak ID tu kosong... 
mengelabah la cari,,, cari punya cari xjumpa gak, 
member pon tolang cari gak, tp xjumpa... 
PELIK BIN AJAIB gak la ... mcm mana blh hilang... 
first ingat kawan2 yg nk kenakan coz diorang gelak semacm jer....
 tp bila tnya btl2 dorg pon xth... hmmm hampir putus asa....
Tak lama lg dh nk final, mcm mana nk masuk dewan exam kalu ID xder...
 arggghhhhhhhhhhhhhhh.... tension nya ..
 dengan hati lara aku pegi la bahagian UKR @ unit kemasukan rekod, 
tanya kalu nk buat ID baru mcm mana?? 
Tau x apa jawapan aku dapat..... 
hahahah org kat UKR kata buat ID  baru kena bayar RM25....
 haiiii melayang la pitissssh... dh la ngah kering ni tp terpaksa la coz bnda penting kan....
 so bayar je la RM25 tu... then kena tggu la ID baru siap....
Buat masa sekarang ni terpaksa aku guna ID sementara,
 hhah ase macm budak baru masuk jer plak ,
 tp xpe la redha je la mungkin ada hikmahnyo kot...... 

(lps ni kena lebih hati2)
(contoh jer)

Tuesday 4 October 2011

.....AKU DAN DIA........


“Aku & Dia Dah Putus…”



Assalamualaikum
“aku dan dia dah putus…”
“kenapa?”
“aku dah x sayangkan dia. pelik bukan.tiba-tiba saja perasaan tu hilang”
“kau pasti dengan keputusan kau.kau x kesiankan dia? dia sayang kau…”
“kesian la jugak. tapi bila aku fikir balik. lagi kesian kalau aku teruskan. aku dah x mampu…”
“buatlah apa yang kau rasa terbaik….”
selepas setahun.
“aku geram. dia tipu aku. lepas setahun baru aku tahu…”
“kenapa? apa yang dah jadi…?”
“dia ada ramai perempuan belakang aku. dia tipu aku.aku rasa pedih. terlalu pedih…”
“kenapa kau pedih. kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”
“entah. mungkin rasa dikhianati. x dihargai.mungkin kalau aku sayang dia. sekarang aku dah longlai. separuh mati aku terluka.  rabak. koyak. patah….”
“lupakanlah. jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni…tidurlah dah lewat…”
“aku tak boleh stop. mata aku x boleh nak lelap .kecewa aku menggunung. otak aku overtime….”
.
beberapa bulan kemudian
“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”
“kau ada jawapan?”
…senyum “ada…mudah.”
“apa dia?”
“bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah.aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat.apa yang jadi dalam hidup aku.dan aku dapat jawapan.kau nak tahu?”
“kongsi lah…”
“Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang x hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun.mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku.dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku.sedangkan banyak benda yang aku lalai.hubungan aku dengan Allah aku terabai.”
“maksud kau?”
“aku banyak berfikir.refleksi balik segalanya.cari jawpan pada soalan-soalan aku.aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah.leka dengan cinta lelaki.aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki.aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta.nak tahu sesuatu?”
“teruskan aku dengar…”
“aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah.sekarang aku rasa aku tahu kenapa.aku belum cukup baik.dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah.tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.
Kawan baik aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan…rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu.lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…sebab tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”
“so sekarang?”
“aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan.selangkah.dua langkah…aku sedang berlari.mendekati Pencipta…”
“lelaki?cinta?”
“hanya yang Halal.janji Allah itu pasti.”
“kau yakin sekarang?rasa lebih baik?”
“alhamdulillah.semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah.aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh.cahaya itu yang buat aku bangun.dan ketenangan itu milik aku.sungguh,hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung.aku khilaf.sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.
Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku.mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja.tapi sekarang aku dah sedar,faham tanggungjawab aku.Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini.syukur :) ....


 

KETIKA ALLAH MEMILIHMU UNTUKKU..~


KETIKA ALLAH MEMILIHMU UNTUKKU..~

Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin aku beritahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Ibu bapa yang begitu sempurna..
Dengan cinta yang begitu mekar..
Aku dibesarkan dengan limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu aku katakan..
Saat Allah memilih mu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dengan sayang yang begitu indah..

Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka waktu itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dengan keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kau pun bukanlah lelaki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Kerana kelak kita akan bersatu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi ‘kita’..

Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dengan ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yang mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahawa kau pun telah menempa dirimu dengan ilmuNya..
Maka genggam tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita..
Ibadah padaNya ta’ala..

Padamu yang Allah tetapkan sebagai nahkodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yang lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau cuba meluruskanku, kerana aku akan patah..
Tetapi jangan pula membiarkanku begitu saja, kerana akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah. .
Tenangkan aku dengan genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dengan bijak dan hikmah..
Nescaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..

Padamu yang Allah tetapkan sebagai pelindungku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata – kata mu adalah titah untukku,
Selama tidak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah pelindung yang indah, yang kukuh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..
Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku…
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yang dirindukan syurga..
Yang dadanya akan diisi dengan amanah-amanah dakwah,
Yang roh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yang penuh berkat, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yang penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..

Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. Redhalah padaku,
Sungguh Redhamu adalah Redha Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke SyurgaNya..
Kerana bagiku kau adalah kunci Syurgaku..

Dari Ummu Salamah, berkata, “Rasulullah SWT bersabda : “Seorang perempuan jika meninggal dan suaminya meredhainya, maka dia akan masuk syurga.” (HR. Ahmad dan Thabrani)


NASIHAT UNTUK ORANG YANG BERCINTA


 NASIHAT UNTUK ORANG YANG BERCINTA 

Dengarlah pesananan ini 

. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan ‘si dia’.

. Bercintalah kau dengannya sekadar sahaja. Kelak mungkin ‘si dia’ bukan jodoh untukmu.

. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum engkau berhak menjadi milik ‘si dia’.

. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariat-Nya.

. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikatnya adalah selepas kau diijabkabulkan.

. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik dalam untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara berdating, cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

. Bercintalah untuk mencapai cinta-Nya.

. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima di sisi Allah, kelak Allah akan tarik kebahagiaan darimu.

~ Selamat Bercinta Sampai ke SYURGA ~
^_^
~ same2lah kite berMUHASABAH ~