Sunday 26 February 2012

Tip Amalan Soleh..





Bercelak:
Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda "hendaklah kalian bercelak dengan menggunakan batu celak ( al-itsmid) kerana batu celak dapat menperjelaskan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata". (Riwayat Tarmizi dan Abu Dawud.)

Berpakaian:
Ummu Salamah meriwayatkan " pakaian yang paling di sukai Baginda Rasulullah SAW ialah pakaian gamis" (Riwayat Tarmizi dan Abu Dawud.)

Mengenakan Cincin :
Ali bin Abi Thalib meriwayatkan "Baginda Rasulullah SAW memakai cincin di tangan kanan Baginda "  (Riwayat Tarmizi, Abu Dawud, Nasa`i dan Ibnu Hibban.)

Berjalan:
Ali bin Abi Thalib meriwayatkan " apabila Baginda Rasulullah SAW berjalan, tubuh Baginda tegap seperti sedang menuruni tanah yang landai " (Riwayat Tarmizi dan Hakim.)

Bersandar:
Jabir bin Samurah r,a meriwayatkan " aku melihat Rasulullah bersandar ke bantal di sisi tubuh Baginda " (Riwayat Tarmizi, Ahmad dan Abu Dawud .)

Makan: 
Ka`ab bin Malik r.a meriwayatkan " Rasulullah SAW makan menggunakan ketiga jari Baginda. selepas makan Baginda menjilat jari ketiganya". (Riwayat Tarmizi, Muslim, Abu Dawud dan Ahmad.)

Minum:
Ibnu Abbas r.a meriwayatkan " ketika Baginda Rasulullah SAW minum, Baginda menarik nafas (menghela) dua kali". (Riwayat Tarmizi dan Abu Syaikh.)

Berbicara:
Anas Ibnu Malik ra meriwayatkan " Rasulullah SAW mengulangi perkataan Baginda tiga kali supaya lebih difahami (oleh pendengarnya)". (Riwayat Tarmizi dan Hakim.)

Tertawa:
Abdullah bin Harits r.a meriwayatkan " tawa Rasulullah SAW adalah senyuman ". (Riwayat Tarmizi.)

Bergurau:
Anas bin Malik r.a meriwayatkan " betapa baiknya cara Nabi SAW mengauli kami. Baginda berkata wahai saudara ku yang masih kecil, 'wahai Abu Umair, apa yang sedang dilakukan oleh burung nughair?' " (riwayat Tarmizi, Bukhari, Abu Dawud, Nasa`i dan Ahmad.)

Tidur:
Aishah r.ha meriwayatkan " setiap kali hendak tidur pada malam hari, Rasulullah SAW selalu menyatukan kedua tapak tangan Baginda seraya membaca surah al-ikhlas, al-falaq dan an-nasr. kemudian Baginda meniup kedua-dua tapak tangan Baginda. setelah itu dengan kedua-dua tapak tangan, Baginda mengusap bahagian tubuh yang terjangkau, di mulai bahagian kepala, wajah, lalu bahagian depan tubuh Baginda. hal itu Baginda lakukan sebanyak tiga kali". (Riwayat Tarmizi, Abu Dawud, Ibnu majah, Amad dan Nasa`i.)

Membaca Al-Quran:
Ya`la bin Mamlak bertanyakan pada Ummu Salamah tentang cara Rasulullah SAW membaca Al-Quran. menurut Ummu Salamah, "Rasulullah SAW membaca Al-Quran dengan sangat jelas. kalimat perkalimat." (Riwayat Tarmizi, Abu Dawud, dan Nasa`i.)

Ibadah:
Abu Hurairah r.a meriwayatkan, " Rasulullah SAW melaksanakan solat sehingga kedua-dua kaki Baginda bengkak. Beliau bertanya, `mengapa engkau lakukan hal ini padahal  engkau mengetahui bahawa Allah SWT telah mengampuni dosa mu yang telah berlalu dan akan mendatang"? "Baginda menjawab, Tidakkah aku menjadi hamba yang bersyukur"?. (riwayat Tarmizi dan Abu Khuzaimah.)

Friday 24 February 2012

Homework oh Homework..

HMMM....
di hari minggu ni rasa dapat la rest dari hari -hari yang sibuk ke hulu dan ke hilir tu... ( pergi kelas) so, hari ni boleh la selesaikan homework-homework dan aseimen2 yg tertangguh tu... nanti lecture mintak senang kan xde la kalut nak buat nanti...



ini menunjukkan Qia dah siapkan homework management costing.. yeeeeehhh.. hati tu seronok jer kalu dapat buat then faham apa yang dibuat.. cuba kalau mula dah tak faham... mula la malas nak buat lepas tu terus jer tutup buku. hahha...  layan novel bagus gak.. huhu tapi rasanya macam tak boleh plak.. homework yang lain sedang menanti untuk di siapkan... HAH tu tak termasuk aseimen-aseimen lagi..  dah adat belajarkan.. so apa2 pon kena terima yang penting nawaitu kena IKHLAS...

rasanya sampai sini jela dulu entri qia untuk hari ini.. nak sambung buat Intruduction Financial plak... daaaaa
.


Thursday 23 February 2012

kata KAHLIL GIBRAN...

CINTA yang AGUNG
Adalah ketika kamu menitikkan air mata dan
masih peduli terhadapnya.
Adalah ketika dia tidak mempedulikan mu dan
kamu masih menunggunya dengan setia.
Adalah ketika dia mulai mencintai orang lain
dan kamu masih bisa tersenyum sambil 
berkata " aku turut bahagia untuk mu".
Apabila cinta tidak terhasil.... 
Bebaskan diri mu....
Biarkan hati mu kembali melebarkan sayapnya
dan terbang ke alam bebas lagi....
Ingatlah.. bahawa kamu mungkin menemukan
cinta dan kehilangannya...tapi.. ketika cinta itu mati...
Kamu tidak perlu mati bersamanya....
Orang terkuat bukan mereka yang selalu
menang....
Melainkan mereka yang tetap tegar..
ketika mereka jatuh....



.

cinta tersimpul rapi....

Sebenarnya aku pun xtahu dah nak cakap apa... maybe aku boleh luah melalui lagu2... sapa2 yang meyampah awal2 lagi aku pesan jangan BACA  okkkkkkkk???

..ku lerai segala yang terkusut
ku simpul agar menjadi rapi
demi menjaga hati mu
ku rela mengalah selalu...
mengapa kau berubah laku..
Inikah yang harus ku terima
di atas setia sekian lama..
engkau menjadikan aku
pelakon dalam sandiwara mu
cinta ku rindu ku bukannya yang terkusut
ku ikat  ku belai dan ku simpul..
oo....ooo...oo..
Hati ingin berbicara
hati pun sering bertanya
di mana hujung jalan cerita
bukannya di bibir tanpa sebarang noktah....


Cinta bukanlah kata murah dan lumrah, 
yang di tutur dari mulut ke mulut,
tetapi cinta adalah anugerah TUHAN,
yang indah dan suci,
jika manusia dapat menilai kesucianya....




Monday 20 February 2012

Derma darah...


Derma Darah??? huhuhu mesti ramai yang alasan kan, takut jarum la, takut darah la. hmm apa yang aku nak citerkan kata sini adalah kelebihan bila kita menderma darah kita. sebenarnya banyak kebaikannya cuma kita jer taknak tahu kan.. takpelah kat sini Qia share kan.. nanti senang2 baca la... Tapi yang penting biarlah kita ikhlas menderma. tak kira la derma apa pun...

Tahukah anda, tindakan menderma darah akan mengurangkan paras ‘iron’ di dalam darah. ‘Iron’  
   adalah oksidan yang akan meningkatkan radikal bebas di dalam tubuh. Jadi apabila anda 
   menderma darah sekurang-kurangnya sekali dalam setahun, anda akan mengalami penurunan 
   tahap ‘iron’ dan ini turut mengurangkan risiko serangan jantung pada diri.



6 Kelebihan menderma darah:

1.Manfaat bagi hati manusia.
Peningkatan kadar zat besi dalam darah membuat seseorang  berisiko untuk menghidap penyakit jantung. Zat besi yang terdapat berlebihan dalam darah menyebabkan pengoksidaan kolesterol. Produk pengoksidaan akan disimpan di dinding arteri, meningkatkan kemungkinan serangan jantung dan angin ahmar. Menderma darah dengan teratur membantu untuk mengekalkan tahap zat besi dalam darah, sehingga dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.

2.Merangsang pengeluaran sel darah merah.
Menderma darah dapat mengurangkan jumlah sel darah merah dalam darah. Sumsum tulang akan mengisi semula jumlah sel darah merah yang hilang. Akibatnya darah penderma di-'refresh' setiap kali darah disumbangkan. Oleh itu, menderma darah membantu untuk merangsang pengeluaran sel-sel darah baru.

3.Membantu dalam penurunan berat badan.
Menderma darah adalah cara termudah untuk diet dan membakar kalori. Menyumbang sekitar 450 ml membantu untuk membakar sekitar 650 kalori dalam tubuh penderma. Dengan demikian ianya membantu dalam penurunan berat badan.

4.Membantu dalam menentang hemochromitosis
Hemochromitosis atau gangguan kelebihan zat besi adalah kelainan genetik di mana besi akan terakumulasi dalam jaringan tubuh. Punca utama dari masalah ini adalah metabolisme yang tidak benar dari zat besi dalam tubuh. Keadaan ini bahkan boleh menyebabkan kerosakan organ. Orang dengan kelebihan zat besi kecil, dengan mudah dapat menyumbangkan darah dan menurunkan kadar besi darah mereka. Hal ini akan membantu untuk melawan penyakit ini.

5.Membuatkan psikologi penderma diremajakan.
Menyumbangkan sesuatu yang berharga kepada yang memerlukan, penderma memberikan kepuasan psikologi. Perasaan direvitalisasi dengan menyumbang darah secara teratur.

6.Penderma secara automatik diberi amaran penyakit serius.
Darah penderma diuji. Ujian meliputi HIV, hepatitis B, Hepatitis C, Sifilis dan malaria. Penderma akan dimaklumkan mengenai keputusannya jika menghidapi sebarang penyakit serius.



Kebaikan Derma Darah Mengikut Pakar Perubatan Sains
Pendermaan darah boleh merangsang badan menghasilkan lebih banyak sel darah baru. Secara tidak langsung ia meningkatkan taraf kesihatan penderma kerana sel darah baru mempunyai keupayaan membawa oksigen yang jauh lebih baik berbanding sel lama.
Ini menyebabkan ramai penderma darah merasa lebih segar dan sihat selepas menderma darah, di samping dapat membantu orang lain. Malah, rata-rata penderma memberi maklum balas mereka lebih tenang kerana mengetahui darah mereka digunakan untuk menyelamatkan nyawa pesakit. “Selain itu, penderma darah boleh berasa tenteram kerana mempunyai tahap kesihatan baik. Ujian darah dijalankan ke atas semua penderma, walaupun mereka penderma tetap.
- Pakar Patologi Pusat Darah Negara (PDN), Dr Norris Naim
dalam artikel Derma Darah Sihatkan Badan
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN, Harian Metro



 Ini info yang aku dapatkan untuk mana2 yang kata derma darah tu boleh mengemukkan.

Bukan punca gemuk
“Sedangkan, jangka hayat darah adalah terhad kerana darah merah boleh digunakan dalam tempoh 42 hari sahaja manakala platelet hanya boleh bertahan lima hari,” katanya.
Beliau juga menjelaskan, bekalan darah bukan sahaja untuk kegunaan mangsa-mangsa kemalangan tetapi juga diperlukan untuk kes-kes kronik yang memerlukan pemindahan darah seperti talasemia, buah pinggang, kanser, leukemia kes-kes pembedahan dan sebagainya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Perubatan di Pusat Kesihatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Dinon Mohd. menjelaskan, sekiranya penderma darah mengalami pertambahan berat badan, ia bukan berpunca daripada aktiviti menderma darah tetapi disebabkan oleh faktor lain.
“Masalah kegemukan selepas menderma tak benar, jika ini berlaku ia berkemungkinan disebabkan oleh faktor genetik, emosi, pemakanan atau kurangnya aktiviti riadah seseorang itu,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Kesihatan Zon Klang Lama, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Dr. Umi Ahmad berkata, menderma darah mampu dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.
“Kecekapan badan penderma menggunakan zat besi akan bertambah kerana garam galian ini diperlukan untuk menghasilkan sel-sel darah merah baru dan proses ini boleh membantu badan mengawal kandungan zat besi dalam badan dan mengelak masalah pengumpulan zat besi berlebihan pada jantung,” katanya.




jadi kesimpulannya, mana kita tahukan dengan setitis darah yang kita dermakan mungkin boleh menyelamatkan nyawa seorang manusia ataupun mungkin lebih... Hanya Allah yang tahu....
Saya sekadar berkongsi pendapat......

Sunday 19 February 2012

Bisikan Hati Seorang Wanita


Aku ingin menjadi penyabar
amat penyabar seperti Siti Hajar
isteri nabi besar
yang selalu menyimpang rasa mulia
betapa sebenarnya dia lebih diduga
bukan ditinggalkan suami dengan sengaja
untuk diseksa atau didera
bersama-sama anak kecil tercinta
di sebuah daerah yang gersang dan
tandus melata

Di tengah-tengah ketidaktentuan
tidak jenuh-jenuh berlari 
dari marwah ke safa
dari safa ke marwah
tersirat hikmah
betapa dalam diam
menebal erti segugus kerinduan 
ketika berjauhan dari suami tersayang
menebal erti sebuah ujian 
yang hanya DIA saja yang mengetahui.

Seorang wanita seperti Siti Hajar
yang dirantai kegundahan
yang di jala kesepian
berulit keterasingan
tidak mudah berlari tujuh kali
dari satu bukit ke satu bukit
demi kasih, Illahi mencurahkan rezeki
sampai terlimpah ke suku jurham
sampai teralir hingga ke saat ini
tanda kebesaran-NYA yang tidak pernah di ragui....

Thursday 16 February 2012

Bila Allah menduga kita...


Assalamualaikum...
dan salam sejahtera... ceh2 macam nak berucap plak kan. Bila Tuhan menduga kita? Apa pandangan kalian? Tetapi bagi saya, Tuhan itu sayangkan saya, sebab itu lah Dia menduga hamba-hambanya untuk menguji kemampuan hamba-hambanya untuk menghadapi dugaan dalam kehidupan ini. 

Setiap hamba-hambanya di berikan berbagai-bagai ujian yang berbeza dalam kehidupan ini. Ada yang mampu menghadapinya dan tak kurang juga rebah di tengah jalan sebelum berjuang. Namun terpulang pada diri kita sendiri macam mana kita hendak menghadapi ujian itu. Selagi kita berpegang teguh pada ajaran Agama kita iaitu Islam. insyaAllah, kita mampu hadapinya.

Kita pernah mendengar dan menyetahuinya tentang firman Allah S.W.T, iaitu " Dia akan memberi ujian yang mampu untuk hamba-hambanya hadapi" . InsyaAllah.  Kadangkala ujian yang datang terlalu berat dan tidak terduga. Diri kita seolah-olah tidak sanggup menanggungnya. Dan kita mudah berputus asa. Namun bagi saya, ujian itu mematang kan diri kita. Mengajar kita erti kehidupan. Kita akan terasa bebanan yang mungkin sangat berat, namum andainya ujian itu adalah untuk kebaikan kita, saya percaya, pasti ada hikmah pada setiap ujian itu.

Dalam buku tersebut menyatakan bahawa "Hidup ini umpama dua permukaan duit syiling yang mana satunya berupa dugaan manakala yang lainnya berupa nikmat dan apabila duit syiling dilambungkan ke udara, lalu jatuh dan anda tidak tahu sama ada anda akan mendapat muka atau ekor. Ada ketikanya anda mendapat masalah yang tidak menyenangkan tapi pada waktu yang lain anda mendapat perkara yang positif dan menyenangkan. Anda tidak pernah tahu apa yang bakal terjadi pada masa depan. Anda mesti tahu apa yang anda lakukan di saat dugaan menimpa atau di saat menerima nikmat. Kita selalu berada dalam salah satu dari dua bentuk persoalan ini, sama ada susah atau senang, sedih atau bahagia. Inilah yang terjadi dalam kehidupan kita. Hidup ini umpama lembah dan bukit yang terhampar  di hadapan kita, jalan yang naik dan turun. Hidup ini tidak pernah terlalu sempurna sehingga kita selalu berada di atas, tidak pernah terlalu sempurna sehingga menawarkan jalan yang rata tanpa lubang sama sekali. Namun hidup jugak tidak pernah terlalu buruk sehingga menenggelamkan seseorang terus menerus di dasar jurang kehidupan".




Tuesday 14 February 2012

Sambutan Maulidur Rasul.

Hari ni kat kolej aku ada buat sambutan maulidur Rasul peringkat kolej, anjuran kelab insaniah kat kolej aku dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar. boleh tahan la prorgam dia. 

ni masa perarakan... 

tajuk ceramah sempena majlis ni ialah Bicara Santai `mencintai lelaki ghaib`. macam hebat jer bunyi tajuk tu kan. Siapakan lelaki ghaib yang di maksudkan tu. HAH... beliau ialah junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W.
Dua org penceramah jemputan, and salah sorang tu adalah SHAM KAMIKAZE. selebriti tu...
best gak la isi2 yg di utara kan dalam ceramah tersebut. selepas tu ada persembahan nasyid dari kumpulan nasyid kolej.

Gerai Alaf21 kat Lobi Akedemik.

Monday 13 February 2012

Petua Memilih Warna baju.

Juast nak share ngn korang. bukan nak jual baju okey tapi nak cakap pasal WARNA...


Pakaian mencerminkan keperibadian seseorang. Begitu juga warna baju boleh memanifestasi perasaan si pemakai pada saat-saat tertentu. Oleh itu pilih la warna baju yang sesuai ketika membeli pakaian.

HITAM :
 Ini adalah warna paling gelap daripada warna lain untuk pakaian wanita atau baju wanita. Warna ini paling sesuai bagi mereka yang tidak suka kelihatan keterlaluan. Karakter misteri terpancar pada kegelapan warna hitam. Hitam juga sangat eksklusif untuk penampilan yang elegan.


MERAH JAMBU:
Warna ini memeng sesuai dengan gaya feminim. Penampilan lembut dan cukup mewakili perasaan jatuh cinta yang berbunga-bunga.


MERAH :
Ia mencerminkan keberanian dan ketegasan.

BIRU :
Mencerminkan kecerahan. Jika anda mengemari warna biru biasanya anda sukakan ketenangan. Jika ingin berasa nyaman dan meningkatkan keyakinan diri, warna biru bolej menjadi pilihan.

OREN :
Gabungan warna kuning dan merah ini mencerminkan bahawa anda gemar perhatian. Apalagi jika di padukan dengan aksesori wanita yang menarik. Warnanya cerah jugak akan menaikkan mood.


KUNING :
Warna cerah ini melambangkan kecerdasan dan intelektual yang tinggi. Kuning juga sering disamakan dengan warna `outdoor`. Anda seorang yang optimis, berani dan tahan lasak.

PUTIH :
Semua orang tahu warna ini melambangkan kesucian dan kebersihan. Putih juga termasuk warna paling aman selain hitam, kerana boleh dipadukan dengan segala warna.

HIJAU :
Sangat sesuai dengan alam dan segala yang kelihatan natural. Orang yang gemar warna hijau adalah orang yang menyukai alam semulajadi dan pencinta kedamaian.


Thursday 9 February 2012

Pilihan raya Kampus.


Sebenarnya dah lepas 2 minggu pun. cuma aku br berkesempatan nak meng update blog ni. sajer la nak citer sebab member aku seorang tercalon and bertanding untuk pilihan raya kampus kali ini. dan dia menang untuk exco kediaman.. yehhh... TAHNIAH. harap lepas ni banyak la perubahan yang korang boleh buat untuk pelajar-pelajar semua.