Monday 9 July 2012

First Day In This Semester...

HALOO HALOO HALOO!!!
Hari ni merupakan first day untuk semester baru. Tak tahu la kenapa sem ni agak bercelaru sedikit. Waktu sesi kuliah pun dah berubah, mana taknya sebelum ni kalau kuliah pagi, kelas akan mula pada jam 8.40, tapi sekarang jam 8 pagi. nasib la sapa yang susah bangun awal tu... ( biasanye budak lelaki la tapi perempuan pun ada jugak).  Agak sedikit keliru, kerana time table student dalam system tak lengkap. So, ada yang xtahu tentang kelas dia orang. Macam aku jugak,  time table student untuk section aku pon sama tak complete. Hanya ada 4 subjek sahaja. Emm pagi tadi selepas kelas INTERNASIONAL BUSINESS, aku pergi jumpa mentor iaitu Madam Fatehah, untuk dapatkan confirmation tentang subjek yang perlu aku ambil. Rupa2nya aku perlu ambil 6 subjek untuk semester ni .

  • Internasional Business
  • Career Management
  • Operation Management
  • Entrepreneuship
  • Investment Analysis
  • Personal Financial Management

Batch aku adalah batch pertama yang akan mengambil subjek baru iaitu PERSONAL FINANCIAL MANAGEMENT.  Oleh kerana subjek ini tak ada section dalam time table, terpaksa la aku isi borang ADD/DROP juga untuk subjek Investment Analysis.


Apa-apa pun harap semester ni aku dapat buat yang terbaik dan lebih baik dari semester lepas. Lagipun ini semester terakhir sebelum aku menjalani latihan industri. InsyaAllah, aku yakin aku boleh buat yang terbaik dengan berkat doa dan restu dari abah dan mama tercinta. INSYAALLAH...

Restu dan doa itu yang menjadi kekuatan untuk aku.. terima kasih abah terima kasih ma di atas segala pengorbanan, dorongan dan kasih sayang yang xberbelah bagi dan sentiasa ada di waktu aku jatuh dan sokongan untuk aku bangkit kembali . Juga adik-adik tersayang, angah, achik, aus, han dan adik.  Juga buat arwah adik ku, kau sentiasa dalam ingatan walau kau tiada di sisi kami lagi. Ya Allah, tempatkan la arwah dikalangan orang-orang yang soleh... Amin.. :)

No comments:

Post a Comment