Saturday 31 March 2012

10 kebaikan untuk otak kita...


COKLAT


Tahukah anda bahawa coklat sangat bergizi pada perkembangan otak?. Para ilmuwan tela membuktikan bahawa kandungan antioksidan yang ditemui dalam dua atau tiga senduk sudu makan serbuk coklat itu lebih kuat daripada antioksidan yang terdapat dalam makanan lain.


IKAN


Ikan secara keseluruhan sangat bermanfaat untuk kesihatan terutama untuk otak. Ikan penuh dengan khasiat Omega-3 sekali gus dapat mengurangkan penyakit Alzeeimer. Omega-3 juga menyediakan lebih banyak oksigen ke otak, serta memungkinkan seseorang untuk menyimpan informasi lama. Ikan terbaik untuk kesihatan otak adalah ikan salmon dan tuna.

SAYURAN BERDAUN HIJAU


Sayuran berdaun hijau seperti sawi, bayam dan lain-lain, sangat baik untuk otak anak-anak dan orang dewasa. Makanan ini penuh dengan vitamin B6, B12 dan folat yang merupakan senyawa penting yang diperlukan dalam otak. Sayuran ini juga mengandungi zat besi yang tinggi. 

KEKACANG


Mencari snek kecil sekaligus baik untuk otak anda? Ambillah snek dari kekacang dan biji-bijian seperti kacang Hazel, almond, walnut, biji bunga matahari dan jenis kekacang yang lain. Kekacang dan biji-bijian penuh dengan asid lemak Omega-3 dan Omega-6, folat, vitamin E dan vitamin B6. Semua nutrisi ini membantu anda berfikir dengan lebih positif. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama untuk kanak-kanak.

BUAH BERRY



Blueberry sangat baik dalam meningkatkan kemampuan belajar seseorang. kebanyakan berry termasuk blackberry, blueberry, raspberry dan lain-lain penuh dengan antioksidan yang sangat baik untuk meningkatkan kesihatan otak. Ia dapat membantu membalikkan efek penuaan pada otak dengan makan buah ini sekali sehari. kebanyakkan berry mengandungi fisetin dan flavenoid, yang sangat baik untuk meningkatkan daya ingatan.

REMPAH-RATUS


Rempah terdapat dalam pelbagai jenis masakan. Ada rempah kari, ketumbar, kunyit, jintan putih, kayu manis dan macam-macam lagi. Tahukah anda rempah-rempah ini sangat bermanfaat untuk otak? Ia bertujuan menjadikan otak kekal segar sepanjang masa. Sebagai bahan utama, serbuk kari mengandungi antioksidan yang membantu melawan penuaan otak dan memelihara fungsi `kognitif` saat usia bertambah.  

TELUR


Semakin meningkat usia, otak manusia semakin lemah. Tetapi kite boleh menanganinya dengan rutin memakan telur. Telur mengandungi banyak vitamin B12 serta lesitin. mestipun begitu, telut tidak sihat jika dimakan terlalu banyak. Kuning telur tinggi kolestral. Cukup 1-2 biji sehari.

TEH HIJAU


Ada di antara anda suka minum kopi di waktu pagi? Cuba gantikannya dengan secangkir teh hijau. Minuman ini bermanfaat pada otak kerana mengandungi catechin. Pernahkah anda mengalami hari-hari di mana anda berasa letih dan lesu? Mungkin anda kekurangan catechin dalam otak. Catechin bermanfaat untuk menjaga pemikiran agar sentiasa tajam dan segar.

BIJIRIN GANDUM PENUH


Beras merah, oatmeal, roti whole grain dan gandum adalah antara kumpulan dalam makanan ini. Ia adalah untuk meningkatkan aliran darah ke otak. Makanan berbentuk bijian ini mengandungi banyak vitamin B6 di dalamnya. Menurut pengkaji ilmiah, memori seseorang mula menurun ketika usia menjangkau 60-an dan di awal 70-an. Jadi bijian sangat bagus untuk usia begini.

 TIRAM


Menurut kajian yang dijalankan, makanan ini sangat bermanfaat untuk otak. Tiram kaya dengan zat besi dan membantu menajamkan pemikiran seseorang. Dalam 100 gram tiram, ia mengandungi protein sebanyak 11 gram protein, dan 4 gram lemak, dan D ( calciferal ). Mineral yang terkandung adalah besi, sodium, magnesium, kalsium, zink dan lain-lain lagi. 





No comments:

Post a Comment