Thursday 17 October 2013

Salam AidilAdha.... :)


Salam AidilAdha buat semua.... kejap jer masa berlalu kan.... rasa belum puas cuti.. rasa berat hati sgt nk balik KL.... miss my family.... hmmm biasalah musim raya n musim2 dekat2 cuti sekolah ni ramai yang bakal mendirikan masjid.. termasuk la sepupu ku... tahniah... aku plak???? hmmmm Hanya Allah yang tahu.... ada jodoh ada lah ... tp tu la yg aku xbrape nk suke... bila ikut jer mak aku pg kenduri umah sedara mara, mula tanya soklan2 panassss... eeeemmmm xsuka tau.. hahahha tapi apa boleh buat diam dan senyum jer lahhh....
selagi aku boleh bertahan, aku bertahan... itu je lah...

kadang2 sakit juga mengharap ni kan... apapun mana tahu perancangan Allah kan... apa yg aku boleh buat aku cuma masih berharap dan berdoa, itu yg aku mampu... sbb kadang2 aku sendiri pon tak faham dengan hati aku, walau pun pernah terluka dengan perbuatan dia, tapi  sampai sekarang aku masih xboleh buang perasaan itu, aku akan terus menunggu... kecuali bila tiba satu saat yg aku sudah tidak boleh mengharap lagi.... C.B...


Saturday 28 September 2013

Masih ku CiNtA... !!!

Assalamualaikum...

Lamakan cikqia tak update entry kat blog ni... macam2 berlaku... now cikqia bz sgt skrg, tu xsempat nk update... bz kerja ye bukan bz benda lain....

kejadian yang berlaku dalam hidup buat hidup aku lebih tabah... pengkhianat dan kejujuran yang di permainkan  sewenang-wenangnya.... cukup untuk kali ni, aku tidak terasa berat seperti dulu, sakit tetap terasa.. cuma tidak seteruk dulu... cukuplah kpercayaan , kesetiaan dan peluang yang aku bagi setakat ini... maaf.. takkan ada peluang lagi.... 

kenangan tetap kenangan ... even dah bertahun berlalu, ingatan itu masih kuat, bohong la kalu kata aku lupa semuanya, buang semua kenangan itu,.... sukar untuk diluah melalui kata-kata....

pernah juga aku bagi peluang untuk yang lain namun nasib ku sama jer.. Aku tahu itu bukan jodoh ku, sebab tu Allah temukan aku dengan yang salah agar jiwa ku lebih tabah untuk hari akan datang dan aku pasti diakan temukan aku dengan orang yang sebetulnya bila tiba masanya nanti.. insyaAllah.....

Masih Ku Cinta....

Biarpun kau tak lagi ada dengan ku,
takkan ku bisa melupakan mu,
cara mu memanggil nama ku,
terasa seolah kau masih ada,
jauh di dalam sanubari ku ,
tak ku relakan pemergian mu,
namun ku selalu doakan kan mu,
agar kau takkan terus terluka,
kau kan temui bahagia,
walaupun aku tidak bersama, 
jangan kau gusar aku akan selalu ada,
dari jauh kau  masih aku cinta.......
Dari jauh masih aku mencintai.....


............................................

Saturday 31 August 2013

La Tahzan.....!!!


Aku Yakin Allah ada untuk ku....
Sakit.... tu yang boleh aku gambarkan... bila soal hati dan perasaan di permainkan.. seolah-olah hati dan perasaan hanya barang mainan... bila mahu, di pujuk di rayu...bila rasa tidak di perlukan dibuang begitu sahaja... mudahnya....

entahlah aku pon dah penat sangat dengan semua ni... kadangkala tidak tahu dimana untuk aku meluahkan apa yang terpendam di hati ini.. jadi cukup lah kiranya di ruangan blog ini... 
  
nothings can i say... just cukup kecewa dengan segala yg terjadi...
jadi jika anda belum bersedia, jangan la berani berjanji n berani menyentuh sekeping hati milik seorang perempuan, kerna sekali ia pecah, ia akan sukar kembali pada asal nya.....


...............................

Saturday 20 July 2013

Cabaran di Bulan Puasa !!!


HAI semua, apa khabar, sori, dah lama aku tak membebel kan belog ni kan... bukan apa semenjak aku dah keje ni, masa tu terlalu berharga, maklum saja la balik kerja dah kul 6.30 kul 7.30 baru sampai rumah, itu pun semint dua sebelum orang azan magrib.. itu lah lumrah hidup kat kota raya ni... ceh macam aku sorang plak yang kerja kan kan kan...

Hmm sebelum tu aku nak ucapkan selamat berpuasa dan selamat berhari raya tak lama lagi. aku cakap awal sebab aku pon xpasti boleh lepas ni bila plak aku akan membuat sesi luahan perasaan kan sini. hehe entah la semenjak kebelakangan ini aku jadi malas plak nak berbelog bagai ni.... 

banyak cerita yang terjadi... sekarang aku dah kerja sebagai kerani cabuk jer pun... tu pon kontrak... alahaiiiiiiii bila la aku nak dapat kerja yang betul2 ni... padahal aku konvo pun belum lagi hehehheh....

Hmmm cakap pasal kerja ni, kerja aku setakat ni xde lah susah sangat, aku kerani bahagian stok... maklum la kerja kat pasaraya besar... tiap-tiap hari aku kena update stok n seminggu sekali kena hantar report kat HQ...  pagi2 bila ada brifing  pagi2 nak kena baca pasal sales... bukan main puluh-puluh tapi juta2 beb.. hahhah

dan... semalam AUDIT OOS... dari HQ... huahuahua aku ase stress giler banyak kot kena komplin dengan pihak atasan mengenai POP iaitu harga barang. kecian supervisor lagi teruk kena sebb dia yg masuk meeting. apa2 pun alhamdulillah dah settle...

Hah sekarang pasal personal aku plak hehheh first.. TAHNIAH buat si dia di atas Pertauliahan Diraja sebagai Pegawai Tentera. Gambar??? sori xleh nk expose sgt kat sini bahaya.. heheh

hmmm aku rasa setakat ni saja la kot aku membebel, nt ada masa aku sambung balik hehhe.. tu pon kalu korang sudi nak membaca luahan yang entah pape ni...

p/s : doakan kami supaya cepat2 melangkah ke step seterusnya.. hehehh insyaAllah...
sedikit cemburu la bila tgk ramai kawan2 dah berkeluarga hehehe
*gatal*
^,-
:)



Saturday 6 July 2013

10 SEBAB KENAPA KAMU PERLU SENYUM !!!

1. Senyuman bukan hanya sekadar tindakbalas gerak muka, tetapi turut mempunyai hubungan dengan penghasilan endorphin di dalam otak dan mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi. Jadi ia turut menjadikan seseorang itu berasa jauh lebih selesa dan yakin dengan diri sendiri.

2. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah dengan menambah kemasukan oksigen dalam darah dan hal ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan dengan lebih cepat.

3. Mengakhiri senyuman dengan ketawa mampu menyahaktifkan bahan kimia dalam badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan juga ulser.

4. Senyuman adalah ekspresi muka yang terhasil dengan merenggangkan otot dihujung mulut dan di sekeliling mata. kajian juga menunjukkan senyuman merupakan respon daripada rangsangan tertentu yang mengambarkan kegembiraan. 

5. Penyelidik jerman menjelaskan bahawa mereka yang memiliki ekspresi raut wajah yang senang hati, tampil menarik termasuk kelihatan lebih muda daripada usia mereka yang sebenarnya.

6. Universiti Illinois, Amerika Syarikat telah melakukan satu kajian yang membuktikan bahawa apabila seseorang itu gembira dan selalu tersenyum, hayatnya boleh mencapai satu dekad lebih berbanding mereka yang tidak senyum.

7. Menurut kajian sains, senyuman akan melepaskan sejenis hormon yang dipanggil endorphin iaitu hormon yang membuatkan manusia berasa gembira.

8. Tahukah kamu, apabila kita senyum, badan kita akan menghasilkan antibodi dan sel T atau sel darah putih yang akan memberikan imunisasi optimum kepada badan.

9. Senyuman dapat mencegah sakit sembelit pada waktu pagi. Pergerakan Peristaltik (gerakan otot pada saluran percernaan) usus masih pelahan, namun apabila kamu tersenyum pada waktu berkenaan, gerak usus tersebut akan terangsang akibat daripada kontraksi otot perut hasil daripada kesan senyuman kamu tadi.

10. Senyuman juga boleh dijadikan penawar pada penyakit rohani yang kronik.




SENYUMAN ITU JUGA SEDEKAH : ) ^,-


Monday 10 June 2013

Kehidupan Baru Dengan Dunia Yang Penuh Cabaran..!!!


Salam buat semua... aku rasa sudah agak lama aku tidak menjenguk ruangan belog ini.... kan... kali ini baru berkesempatan maklum la bila dah abis belajar kerja la plak. bila dah kerja masa itu terlalu beharga.... faham- faham je la....

hammm kali ni aku nk citer tentang sukarnya untuk membina sebuah kehidupan. tetapi di sebalik kesukaran itu ada sesuatu yang tersembunyi yang aku tahu pasti bermakna untuk masa depan nanti.

Alhamdulillah, aku dapat lagi offer baru. walau pun cuma kerja biasa tapi aku rasa cukup bersyukur. sekurang-kurangnya aku dapat menambah pengalaman. Gaji plak?? Alhamdulillah... buat masa skrg aku rasa cukup la untuk menampung keperluan hidup aku sorang.. dah berkeluarga nanti lain citer plak... dan lepas la jugak untuk aku hulurkan pada keluarga ku di kampung nanti.. sekurang2nya aku dapat ringankan bebanan abah ku... itu niat utama ku... Moga Allah permudahkan urusan ku....

Alhamdulillah sekali lagi dan juga berkali2 ... syukur sgt aku dapat menamatkan pengajian ku. dan kini fokus ku kerja kerja dan bantu keluarga... aku peduli apa orang nak cakap pun ygt penting bagi aku adalah keluarga ku... dia orang segalanya bagi aku. cukup la aku merasa kehilangan seorang adik. semoga roh arwah adik aku di tempatkan di kalangan orang beriman...

Sekarang baru aku tahu betapa sukarnya untuk memulakan sebuah kehidupan.. maklumla... sebelum belajar dapat la duit pengajian untuk belanja sekarang kena la cari sendiri... aku ada impian aku sendiri.. aku ingin sangat mencapai ape yg aku nak... aku akan usahakan... aku amat bersyukur dan berterima kasih terutama kepada abah dan maa aku yang selalu bagi sokongan yang tak berbelah bagi... jugak buat adik-adik ku yang tersayang.. Along sayang korang.. nanti along belanja ye... Juga buat 'Awak' yang teristimewa terima kasih kerana selalu bagi sokongan dan nasihat yang bermakan buat saya. yang ada semasa saya susah n senang, dari dulu sampai sekarang awak sanggup tunggu saya. insyaAllah mudahan Allah makbulkan niat kita.. yang penting niat kita baik.^,^....


Apa pun bagi aku, aku anggap ini satu cabaran untuk aku.. biarlah aku susah sekarang. tp insyaAllah mungkin rezeki aku ada di masa depan... aku yakin dengan takdir ALLAH untuk ku....



Saturday 18 May 2013

Title terakhir sebagai MAHASISWI ...



Title terakhir sebagai MAHASISWI ......

Syukur Alhamdulillah... segala puji bagi Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah... syukur sangat2.. 14/5/2013. Adalah tarikh di mana aku telah menyelesaikan laporan akhir Latihan Industri dan juga Presentation. 

Serius sehari sebelum tu, Ya Allah, aku rasa tension sangat2, bile aku tension mula la nk sedih2... bukan aku manja, cuma dah sifat aku cmni.. Lepas col mak baru hati rasa tenang sikit. tapi selagi xlepas, selagi makin dekat saat nak presentation tu, jantung aku ase cm nak tercabut pon ada.. Maklum lah ni perjuangan terakhir aku sebelum aku tamatkan sesi pengajian diploma aku tu... 

Dan... pagi tu aku datang awal2 ke kampus, ke bilik kuliah blok A, dimana aku akan buat presentation nanti. Ya Allah, jantung aku makin berdebar-debar. student yang present bersama aku ada 4 orang. salah seorang daripadanya budak kelas aku, dua orang lagi aku xkenal.

Ketarg lutut oii... maklum la aku sorang present tapi dengan 3 orang lecture... present aku jap jer, tapi soklan dia kasi.. fuhhhhh boleh tahan... sepatah jer kuar malay kat mulut aku terus kena sound  " English please" . Hahahah aku main jawab jer.. entah pape... kejab xkejap jugak la... member aku cakap dekat 40 minit jugak aku kat dalam tu, lama jugak ye..

Alhamdulillah syukur sangat2.. sebab report aku xde masalah, xkena buat balik means xkena reject la.. lega sangat. Then lepas tu aku g la jumpe lecture yang pernah mengajar aku, n juga my mentor yang happening sgt madam Fatehah.

emm apa lagi erk aku nak citer kat entry ni... jap nak fikir dulu, hehheh...

Haha... Lepas ni cari kerja... Then xsabar tunggu nak konvo nanti.. InsyaAllah...  oleh kerana hari pon dah lewat malam, mata aku pon nak tertutup ni, izinkan aku berhenti di sini.. ada masa sambung pada entry lain plak.. Wsalammmm.......