Friday 27 April 2012

"KASIH 2012"

Assalamualaikum...
Baru-baru ni, kat kolej Qia ada buat 1 program yang dinamakan KESEJAHTERAAN AKHLAK SANTAPAN INSAN HARMONI @ nama ringkasnya "KASIH 2012" yang bertajuk " LESBIAN, GAY, BISEKSUAL & TRANSGENDER" @ ringkasanya " LGBT". Program ini di adakan di Dewan Besar KPTM Bangi.  Turut di undang adalah para ahli panel iaitu DR. Tuan Haji Hushim, Imam Muda Hizbur, Sham Kamikaze dan juga yang tidak asing lagi Fetri Yahya personaliti TV3 sebagai moderater...


Okey, bukan itu yang qia nak ceritakan, tetapi mengenai tajuk @ topik yang di perkatakan. LGBT menjadi salah satu punca keruntuhan akhlak umat islam pada masa kini, terutamanya sahabat-sahabat remaja semua... Oleh kerana qia juga merupakan remaja dan bakal memasuki alam dewasa kiranya terpanggil untuk mengulas sedikit apa yang qia dengar dari ceramah tersebut. Qia sendiri pun ada kenal kawan2 yang sebegini yang terlibat dengan masalah tersebut. cuma sebelum ni xtau nak nasihat diaorang macam mana n asyik dok mengata je la.. (berdosa plak ase). Jadi setelah mendengar ahli-ahli panel mengupas isu berkenaan, banyak jugak la yang qia dapat tahu apa yang sebelum ini qia xtahu. Semua ini terjadi adalah satu punca utama yang qia rasa, kitab suci Al-QURAN. Bila kite sebagai manusia yang kerdil meninggal kan Al-Quran, pelbagai masalah akan berlaku, tapi selagi kite berpegang teguh pada kitab suci ini, InsyaAllah, Tuhan akan sentiasa melindungi kite dari terjebak dengan gejala tidak bermoral ini.

Qia pon xnak citer panjang2 just nak share info pasal evant ni aje.. jadi marilah kita sama2 bendung, halang, dan nasihat jika ada antara sahabat handai kite yang terlibat dengan gejala tidak bermoral ini.


fedtri sedang menanyakan soalan pada pelajar...

 Imam Muda hizbur berzikir dirinigi petikan gitar sham kamikaze

Rasanya cukup la dulu entri qia untuk kali ini. pesanan qia untuk diri sendiri juga sahabat-sahabat sekalian...
"jagalah fikiran, jaga akhlak & jaga hati kita"
 


Sunday 22 April 2012

Update lagi !!!

Nyamannye rasa suasana petang ni... 
redup-redup berangin lagi... Alhamdullillah sungguh sempurna kejadian Tuhan... tetibe jer aku ase cam nak update blog petang ni.. hehhe sambil layan facebuku hhehe.. facebuku?? pelik2 la cik qia sorng ni kan.. hhe


Layan blog, facebuku sambil minum ice lemon green tea ok tak, tu xtermasuk twitter lagi... tapi kawan2 jgn amalkan selalu minum air tin xelok untuk kesihatan, lagi2 kalau air tu bergas... kadang2 teringin xpe la.. sebenarnya cikqia xtau nk citer pe, sebab cikqia tengah serabut sekarang, banyak kerja nak kena settle hari ni kononnya.. layan FB ngn BLOG boleh plakkan... tapi betulah, esok cikqia kena summit kerja islamic business untuk semua chapter, pastu, homework management accounting pon nak esok gak, then nak kena baca organizational behavior untuk kuiz hari seterusnya. esok plak jadual kuliah cikqia agak padat. maklum la mula pagi sampai kul 6 petang.. fuhh mesti penat giler esok... tapi xpe kena ikhlas sebab kite nak cari ilmu kan...
seperti yang cikqia selalu citer dalam entri2 yang lepas.. sekarang pon xterkecuali.. pejam celik pejam celik, ehhh cikqia dah nak final la... dah berada di penghujung tahun 2...perghhh asenya baru jer daftar masuk semester 4, tapi sekarang dah nk final.. then untuk sem depan cikqia dah jadi pelajar tahun akhir... yeyyeye xsabar nak habis rasenya... harap2 semuanya berjalan lancar.... InsyaAllah..... sama2 la kite berdoa ye kawan-kawan... ok la cikqia ase cukup la kat sini dulu untuk entri kali ini...  salam... 

...(takutnya nak final dah... sedar2 la cikqia oi)...

Thursday 19 April 2012

Subhanallah...


Cinta yang di bina bukan cinta kosong,
Tetapi cinta yang punyai pengertian yang luhur,
dan hanya dapat dirasakan dengan jiwa yang bersih,
yang sentiasa mencari Tuhan...

Jejak-jejak langkah ku, 
bagaikan lembaran waktu,
apakah ku masih bisa terus melangkah...
serpihan hidupku kan ku bangun,
di atas satu cinta...
subhanallah...
aku mencintainya...
Subhanallah...
aku menyayanginya..
dari ufuk timur hingga ke barat,
selalu di hati ku...


Monday 2 April 2012


Seseorang yang sentiasa tersenyum riang di hadapan mu,
ketahuilah dia sering menyapu air matanya tatkala sendirian...

Seseorang yang sentiasa bergurau senda di hadapan mu,
Ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendirian....

Seseorang yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat dan perangsang kepada mu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu...

Seseorang yang sentiasa kelihatan kuat di hadapan mu,
Ketahuilah dialah sentiasa lengadu lemah di hadapan Tuhannya.....

Seseorang yang ketawanya menceriakan hari mu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut luka di hatinya...

Seseorang yang sering memberi hadiah kepada mu,
Ketahuilah dialah insan yang tidak pernah mendapatkannya...

Seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya,
Ketahuilah dialah seorang `pertapa setia` yang tidak mampu bersuara tatkala sendirian...