Thursday 22 September 2011

keropok lekor....@ kepok...

Keropok lekor... yummy yummy...
Haha... kepok?? tu dalam loghat klate la... bahasa standartnya keropok ...
hah sekarang qia nk citer la sikit pasal keropok ni, iaitu keropok lekor. ia merupakan salah satu produk yang popular la di pantai timur, terengganu dan kelantan terutamanya. keropok lekor ni adalah berasas kan ikan. kat bawah ni qia sertakan sedikit info tentang keropok lekor ni...

KEROPOK LEKOR


  

Keropok lekor atau keropok batang merupakan sejenis makanan tradisional pantai timur Semenanjung Malaysia, khususnya di Kelantan dan Terengganu yang terkenal. Keropok diperbuat daripada isi ikan laut dan campuran sagu dan sedikit garam. Terdapat juga keropok yang dicampurkan dengan tepong kanji. Keseluruhan ramuan tersebut akan diuli dan digentel panjang bertali, sebelum direbus didalam air panas.
Kandungan ikan yang tinggi menjadikan keropok lekor sebagai makanan berprotin tinggi yang kaya dengan iodin semulajadi.
Keropok lekor boleh dimakan segar sabaik sahaja diangkat dengan dicicah air lada (sos cili) yang pedas. Pada masa ini, pembuatan keropok lekor telah pun tersohor kebeberapa negeri lain.
Keropok lekor biasanya tidak tahan lama. Bagaimanapun, sekiranya hendak disimpan dengan lebih lama, keropok lekor hendaklah dibalut dengan plastik dan diletakkan ditempat air batu bagi mengelakkan baunya mencemar makanan lain. Apabila hendak dimakan, ia perlu dibasuh dan direbus semula dengan air yang dicampurkan sedikit garam, sekiranya tidak keropok akan berasa tawar.
Selain daripada dimakan segar, keropok lekor juga boleh dipotong pendek dan digoreng sekali lagi bagi menghasilkan keropok yang lebih rangup. Keropok lekor yang dicampur dengan tepung kanji biasanya lebih rangup apabila digoreng, tetapi akan bertukar menjadi liat apabila sudah sejuk. Keropok lekor yang menggunakan campuran sagu tidak akan menjadi liat walaupun ia sudah sejuk selepas digoreng.
Keropok lekor juga boleh diproses dengan lebih lanjut untuk dijadikan keropok keping. Keropok lekor yang telah direbus akan dipotong nipis-nipis dan dijemur untuk dijadikan kepingan-kepingan keropok kering yang dikenali sebagai keropok keping. Keropok keping ini akan menjadi kembang apabila digoreng dalam minyak yang panas dan ia amat sedap apabila dimakan dengan sos cili.

                              
                            keropok lekor yang telah di goreng

Bahan-bahan

  1. 1 kg ikan Parang/Kembong
  2. 500 g tepung sagutepung kanji.
  3. garam secukupnya
  4. 125 ml air
  5. sedikit ketulan air batu


Cara penyediaan

Ambil isi ikan, buangkan tulangnya. Tumbuk atau cincang halus isi ikan sambil dibubuh garam. Campur juga sedikit kiub ais semasa melakukan proses ini. Kemudian bubuh tepung sagu dan air secukupnya sambil diuli menjadi doh yang kenyal. Celup jari dalam tepung sagu dan bentukkan doh menjadi seperti silinder. Jerang air hingga mendidih dan rebus keropok. Bila keropok timbul, angkat dan sejatkan di dalam penapis.
Keropok yang telah direbus boleh dimakan segera dengan dicicah cuka kerepok (sos lada). Sedikit 'serbuk perasa' atau juga dikenali MSG boleh ditambah bagi menyedapkan lagi.

KEROPOK KEPING

Pembuatan

Keropok keping adalah hasil proses dari keropok lekor yang telah direbus dan dipotong nipis-nipis dan dijemur untuk dijadikan kepingan-kepingan keropok kering yang dikenali sebagai keropok keping.
keropok keping tahan berbulan-bulan sekiranya disimpan dengan betul. Keropok keping perlu disimpan di tempat yang kering dan mempunyai edaran udara yang baik. Ia juga perlu diletakkan jauh daripada bahan yang berbau kuat bagi mengelakkan bau tersebut diserap oleh keropok itu.
Bagaimanapun, keadaan ini mungkin boleh dimajukan di masa hadapan bagi menghasilkan keropok berperisai oren atau strawberi dengan menyimpan keropok kering tersebut dengan buah-buahan bagi membenarkan keropok kering tersebut menyerap haruman buah-buahan tersebut.

Keropok keping
 tidak boleh dimakan dengan begitu sahaja kerana ia adalah keras dan liat, sebaliknya keropok kering ini perlu digoreng dengan minyak sebelum dimakan.



Cara masakan

Keropok keping ini akan menjadi kembang apabila digoreng dalam minyak yang panas dan ia amat sedap apabila dimakan dengan sos cili atau pencicah. Apabila menggoreng keropok keping, minyak perlu dipanaskan terlebih dahulu bagi mengelakkan keadaan yang dikenali sebagai kembang minyak. Ini adalah apabila minyak meresap kedalam keropok sebelum ia sempat kembang dengan baik.
Keropok keping juga digunakan dalam masakan sebagai bahan tambahan seperti dalam masakan mee rebus dan yang seumpamanya. Kandungan ikan yang tinggi dalam keropok keping menjadikan ia seumpama bebola ikan tetapi lebih tahan lama tanpa memerlukan sebarang bahan pengawet.
Pada masa kini, perkembangan dalam teknologi makanan telah menghasilkan keropok keping segera yang boleh dimakan begitu sahaja. Selain dari keropok keping segera yang biasa, terdapat juga keropok keping berperisa pedas yang telah disira (dicampurkan) dengan sos lada (sos cili) untuk mereka yang gemarkan pedas

ni keropok keping yang sedia dimakan...

hah ni la serba sedikit info2 yg berkaitan...
sesuai sangat di makan waktu minum petang di hidang dengan air tea panas dan sebagainya..
tp qia nk share cara qia mkn kepok keping ni sikit... maybe pelik sikit tp cube la.. cicah kepok keping tu dengan air tea best tau.. tp tu cara qia sndiri... so untuk anda terpulang la bagaimana anda nak nikmatinya dengan cara tersendiri... 

Tuesday 20 September 2011

Suara Hati...


...mulanya kembara cinta disini,
mencari sebuah sirna bahagia,
menuju jalan pengharapan,
yang belum pasti tiba....


dimanakah penghujung jalannya,
dimanakah penghujung noktahnya,
haruskah di cari bahagia itu,
atau biarkan ia sendiri menjelma...

harapan yang disandar,
hancur di pertengahan jalan,
hati remuk bagai di ratah,
hancur berkecai umpama kaca....

di saat itu ia berlalu pergi,
tinggal satu rasa yang amat perit,
hati sekali lagi berkata...
biarlah...biarlah..
biarlah ia pergi mencari bahagianya...
sendiri........


(hakcipta terpelihara: zaqqia)



Tuesday 13 September 2011

6 Petua Untuk Berjaya


1. Setiap Insan Yang Hidup Mempunyai Masalah
Apakah masalah anda? Anda tidak mempunyai pekerjaan? Mungkin anda berfikir bahawa setelah mendapat pekerjaan semua masalah akan lenyap. Mereka yang mempunyai pekerjaan juga bermasalah. Mereka mengeluh kerana terpaksa bangun pagi untuk ke tempat kerja setiap hari kerja. Dan ratusan, mungkin ribuan pekerja mendapat kerja yang tidak mereka sukai.
Sesetengah  orang pula beranggapan bahawa masalah mereka timbul kerana terpaksa melapor diri kepada seorang ketua. Tetapi ramai ketua yang menghadapai masalah, sama ada dari segi perhubungan atau pun pengurusan kakitangan.
Jadi bagaimanakah keadaan dengan mereka yang berjaya? Adakah mereka terkecuali daripada menghadapi masalah? Sebenarnya setiap kejayaan tidak menghapuskan masalah, ia melahirkan masalah yang baru. Terimalah ini sebagai satu hakikat hidup seharian.
2. Setiap Masalah Mempunyai Jangka Masa Yang Terhad
Setiap masalah akan berakhir. Lambat laun ia akan pergi jua.
Ketepatan kenyataan ini adalah jelas kalau kita menoleh kebelakang melihat sejarah manusia. Tamadun manusia menghadapi detik-detik kegemilangan dan juga kejatuhannya. Institusi kamanusiaan yang menghadapi suasana kemelesetan akan satu ketika nanti menuju kemercu kejayaan secara perlahan-lahan.
3. Setiap Masalah Harus Mempunyai Pengaruh Positif
Setiap masalah mengandungi bahan atau ramuan rahsia potensi yang kreatif, sama ada untuk diri anda atau pun orang lain. Masalah yang dihadapi oleh seseorang boleh dijadikan modal perniagaan yang menguntungkan untuk orang lain. Contohnya, seseorang yang pernah diisytiharkan muflis oleh mahkamah boleh bertindak sebagai seorang panasihat kepada mereka yang akan diumumkan sebagai muflis.
Masalah yang dihadapi oleh seseorang boleh memberi kesempatan atau peluang baik kepada orang lain.
4. Setiap Masalah Boleh Mengubah Sikap Anda
Sebagai contoh, kita kadang kala tersua dengan seorang jurujual yang berjaya. Tetapi bila diselidiki, ia berkelulusan dalam bidang sejarah dan pendidikan yang tidak ada kaitan dengan kerjayanya.
Sebenar ia dahulunya bekerja sebagai guru. Tetapi sebagai seorang guru yang menjemukan, ia telah menimbulkan banyak masalah kepada majikannya hingga ia diberhentikan kerja. Kerana marah disebabkan pemberhentian kerjanya, ia berazam untuk menunjukkan kepada masyarakat bahawa ia juga boleh berjaya dalam hidup.
Kini ia bersyukur kerana dibuang kerja kerana peristiwa itu membuat ia sangat marah hingga bertekad untuk terus berusaha hingga berjaya.
5.  Anda Boleh Buat Pilihan Untuk Mengawal Masalah
Anda mungkin tidak dapat mengawal masalah. Tetapi anda boleh merancang tindakan balas terhadapnya. Sekiranya anda mengawal rancangan tindakan balas terhadap masalah hidup, bermakna anda telah dapat mengawal masalah yang melanda diri sendiri.
Masalah boleh membuat anda lemah atau sebaliknya. Ia juga boleh membuat anda hidup dengan lebih baik ataupun menderita. Semuanya bergantung kepada diri anda.
6. Setiap Masalah Mempunyai Tindak Balas Yang Negatif dan Positif
Akhir sekali, orang-orang yang cekal hati boleh terus hidup walaupun dalam keadaan yang menyulitkan. Kerana mereka memilih untuk bertindak balas secara positif dalam keadaan sulit atau berbahaya walaupun ia bukan satu perkara yang mudah.
Misalnya, apakah tindak balas positif jika seseorang itu menghadapi masalah kewangan yang rumit? Dalam situasi ini apakah tindakan positif yang harus diambil? Larikan diri daripada penagih hutang? Mencari jalan keluar seperti minum hingga mabuk atau sebagainya?
Tidak! Tindakan balas negatif itu hanyalah penyelesaian sementara yang boleh membuahkan lain-lain masalah baru.
Tindakan positif terhadap masalah itu memerlukan semangat yang kuat untuk membuat langkah pertama. Ia memerlukan keberanian untuk bersemuka dengan penagih hutang dan berunding secara jujur dan terus terang. Jika mereka berkeras, maka jalan paling baik yang harus diambil secara undang-undang dan terhormat ialah menerima diisytiharkan sebagai muflis oleh mahkamah.
Pendek kata "Sekiranya anda tidak dapat selesaikan masalah, maka anda harus mengendalikannya".

Monday 5 September 2011

30 perkara perempuan tax sempat bg tahu...

  1. Bila seorg wanita itu myatakan dia bersedih tetapi dia tidak menitiskan air matanya, itu menandakan dia       menangis di dalam hatinya.
  2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu myakiti hatinya, lbh baik kamu beri dia masa utk  menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf darinya...
  3. Wanita sukar nk cari benda yang dia benci tentang org yg paling dia sayang..(sebab itu ramai wanita yg   patah hati bile hubungan itu putus di tengah jalan.)
  4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia keluar bersama lelaki lain.
  5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke matanya, dia akan caik mcm coklat.
  6. Wanita memang suka pujian tetapi selalu tidak tahu macam mana nak terima pujian.
  7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yg sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan  berkasar sebab ada satu semangat dalam diri nya yg kamu tidak akan tahu bila dia dh buat keputusan dia  akan lakukan apa saja.
  8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri dari mu, selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk  seketika. sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sebagai kawan.. tegurlah dia pelahan2.
  9. Wanita suka meluahkan ape yg mereka rasa. muzik, puisi, lukisan, dan tulisan adalah cara termudah meluahkan isi hati mereka.
  10. Jangan sesekali bagitahu perempuan yg mereka ni langung x berguna.
  11. Jangan bersikap terlaku serius boleh mematikan mood wanita.
  12. Bila pertama kali lelaki yang di cintainya dalam diam memberi respon positif cth menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh  x acuh seolah2 tidak berminat. tetapi sebaik saja ganggang telefon di letak dia akan menjerit kesukaan dan x sampai 10 minit semua kawan2nya akan tahu berita tersebut.
  13. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu mengajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tidak berminat dengan mu.
  14. Tetapi jika masa yg sama dia menghubungi mu, atau menunggu panggilan dari mu, teruskan usaha mu memikatnya.
  15. Sekuntum senyuman menberi seribu erti bagi wanita. jadi jangan senyum sebarangan..
  16. Jika kamu menyukai seorang wanita, cube la mulakan dengan persahabatn. kemudian biarkan dia mengenali mu dengan lebih mendalam.
  17. Jangan sesekali mengangak apa yang di rasainya.. tanya dia sendiri...
  18. Selepas seorang gadis jatuh cinta. dia kan sering tertanya-tanya kenapalah aku xjumpa lelaki ni lebih awal...
  19. Kalu kamu masih tercari2 cara yang romantik untuk memikat hati seorang gadis, cube2 la rajin2 myelak buku2 cinta.
  20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama sekali yang di cari wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya. kemudian baru dirinya.
  21. Bekas teman lelaki sentiasa ada di fikirannya, tetapi lelaki yang di cintainya akan berada di tempat istimewa iaitu di hatinya..
  22. Satu ucapan sahaja cukup untuk menceriakan harinya.
  23. Hanya teman baiknya sahaja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
  24. Wanita paling benci lelaki yg berbaik2 dgn mereka kerana ada sebab2 tertentu seperti semata2 nk tackle kawan mereka yg paling cantik.
  25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tnpa sebarang kompromi..
  26. Semua wanita mahukan lelaki cinta kan mereka spenuh hati.
  27. Senjata wanita adalah air mata..
  28. Wanita suka jika seseorang yang di sayangi memberi kejutan kepadanya.(hadiah, bunga atau pun sekadar kad ucapan romantis.) mereka akan rasa terharu dan merasakan dirinye dicintai setulus hati. dgn ini dia xakan rasa ragu terhadap mu.
  29. Sebenarnya mudah untuk ambil hati wanita, kerana ape yg dia mahu hanyalah perasaan dicinta dan di sayangi sepenuh hati.
  30. ...... fikir la sendiri....

Sunday 4 September 2011

KiSaH RaYe Ku....

PERJALANAN BALIK KAMPUNG..
26/8/11…
HAH… lepas jer selesai sahur ngn solat subuh, aku ngn cousin pon gerak la… bertolak balik klate… hati ni hepy bukan main xsabar nk jumpe family tercintan kat kampong..  Dimulakan  dgn bismillah kami pon mula gerak dr umah cousin aku kat BTS menuju pulang ke pantai timur…harap perjalanan balik kami selamat sampai ke destinasi…


Waktu2  macam ni kenderaan  xbrape banyak lg.. so dapat la elakkan jem kat bandaraya ni.. hope2 lepas pon jgn ada jem lg… hah tension tau kalu jem.. ni kite sbagai penumpang kalu pemandu emm xtahu la.. suasana pagi2 ni best, sejuk xpayah nk guna econ bagai la kan.. econ freash ada huhu.. dengan hati yang tenang aku mnyanyi riang…lalalla..(utk diri sndiri jer ok…)…
Keadaan jalan yang agak kurang keta , motor, bas, lori waktu ni melancarkan lg perjalanan kami… tp jap lg comfirm.. penuh la jalan ni.. semua dh mula kuar ada yg nk g keje n mcm2 la hala tuju yg  plg ramai asenye msti la nk balik kampong.. hayai itu mau cakap lg ker.. ni raye maa.. msti mau balik kmpg lor…
Perjalanan kami di teruskan.. .. ph tu aku tido ..hehhe sedar2 jer dh kat raub.. lbh kurg dlm kul 3 ptg aku smpai kat umah...

hahah time wak kuih raye.... pendak kan citer coz xlarat nk taip pnjg2..... adalah 2-3 jenis jer yg buat sndiri phtu yg lain my mom beli jer....

ni kek qia buat sndiri tau..walaupon xbrape jd cm kat kedai2 tu...hehe


ni lomang abah qia yg buat....

HAHA... dpendakkan lg jalan citernye  tibe la hari raya.. jen jen jen... SELAMAT HARI RAYE SEMUA.....
Raya pertama ku di serang hehhe xdela, raye pertama, family belah abah ngn ma dtg raye umah aku dl..
adik ku yg tersayang...

hahha raye ke-2 plak... ikut abah g raye umah sedara dia.... 
raye ke-3 spupu ku tunang....
raye ke-4 kenduri umah makcik ku..
raye ke-5.. dapat la rest kat umah seharian....

haha ni nk smbg citer plak..... raya ke-5 mlm.. tibe la masanye qia berangkat pulang.... cedih tol.. ase cuti ni mcm xcukup jer... tp terpaksa la....
mlm tu family g hantar kat stesen bas... mak oiih.. ramai btl org... tp ramai yg menghantar la dr yg nk naik busnye...  tepat kul 10 mlm bus pon gerak la meninggalkan kampung halaman ku...sob sob sob... cedih giler ase... bye semua... 1 lg masalah... jalan jem daa, semua dh abis cuti n berangkat pulang.. dr tm lg jer... sampai la ke kuala krai... bayang kan la kul10 gerak, kul 11 kat mchg, kul  12.30 sungai durian, kul 3.30 br smpi merapuh .. kul 6.30 kat raub lg... adoi kul brape la leh sampai ni...
semua jalan dikawal pakcik2 polis supaya jalan xterlalu sesak...kawalan trafik la...

jem jem jem....

 hargai la mereka yg berjasa untuk negara.....

huhu... badan dh sakit2.. tau xkul brape br sampai ke destinasi??? kul 9 pg hah... first time naik bus sampai lewat mcm tu sekali.... biasa kul 6 pg dh sampai... sabar jela musin perayaan memg mcm tu.... ape2 pon... alhamdullilah selamat sampai......
hehhehe......