Friday 20 July 2012

Salam Ramadhan...


Rasulullah S.A.W bersabda : "sesiapa yang berimam kepada Allah dan Rasulnya, mendirikan solat dan berpuasa di bulan ramadhan, maka adalah satu kebenaran atas Allah memasukkannya ke syurga". (Bukhari)

Dalam sedar tak sedar kita dah pun masuk dalam bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan, bulan yang sering di tunggu2 oleh pencinta ibadah.  InsyaAllah, mudah-mudahan puasa kita kali ini lebih berkat dan penuhi la bulan ini dengan menambah sebanyak mungkin amalan-amalan kita. Semoga ramadhan kali ini memberi makna yang lebih mendalam... Marilah kita semua mengandakan amalan-amalan kita, seakan-akan inilah ramadhan terakhir.. Marilah kita sama-sama merasa betapa nikmatnya rasa cinta kepada Dia Maha Pencipta....
Itu la cinta abadi yang perlu kita cari....
Salam Ramadhan buat semua insan yang saya kasihi.... :)

Sunday 15 July 2012

15 july 2012

Ya Allah...
Betapa kerdilnya diri aku dihadapan MU... tu lah sifat manusia, bila sihat, senang lupa pada DIA yang satu.. termasuk la diri aku sendiri... Kerana kesihatan aku yang mula terganggu sejak akhir-akhir ini, selera makan aku juga sudah hilang. Tu la salah satu nikmat yang Allah telah ambil kembali dari aku. Aku jadi takut untuk mengambil sebarang makanan pun, kerana aku pasti bila aku cuba makan aje, confirm lepas tu aku akan muntah kembali. Kadang-kadang aku dah tak tahan sangat, sakit dan penat sangat bila lepas muntah. tenaga pun kurang. Tekak tu xpayah citer la macam mana sakitnya, sampai semput pun ada. buat masa sekarang aku hanya mampu minum susu untuk mengalas perut. Laparnya xpayah citer la Allah jer yang tahu. Tapi aku serik dan aku takut untuk makan , aku takut aku akan muntah kembali. Aku sendiri pun xtau apa sakit yang aku ada ni... Ya Allah andai ini ujian untuk sedarkan aku, andai ini boleh dekatkan aku pada MU, aku redha.. mungkin sebelum ini aku hamba yang lalai...

Thursday 12 July 2012

Mungkin itu ujian untuk aku !!!

Alhamdullillah...
Itu yang mampu aku ucapkan... Ujian demi ujian di takdirkan untuk aku.. Alhamdullillah, itu bermakna Allah sayangkan aku dan mahu menguji aku. Dimana ketaatan aku sebagai hamba, ikhlaskah aku dalam beribadat selama ini... Ya Allah... terasa diri ini penuh dosa... Ya Allah, ampunkan la aku, ampunkan la dosa2 ku yang lalu, aku cuma seorang hamba yang banyak khilaf, terlalu banyak khilafnya sama ada aku sedar atau tidak. Setahun yang lalu aku di uji dengan ujian yang teramat berat hingga aku tidak mampu bangun. Kehilangan nenek tersayang, 3 bulan kemudian aku kehilangan adik tersayang dalam kemalangan jalan raya secara mengejut benar2 memberi kesan pada keluarga ku dan juga menganggu fikiran aku, terutama di waktu itu aku sedang menghadapi ujian akhir semester. Namun aku dan keluarga redha di atas apa yang terjadi. Semoga arwah adik ku di tempatkan di kalangan orang2 yang soleh. Amin... di kala ini aku betul2 perlukan semangat dan sokongan dari dia.. Namun Tuhan sekali lagi menguji aku... Dimana kesetiaan aku dikhianati sekelip mata, hati dan perasan aku bagai di cincang lumat. Cukup sakit itu untuk sekali. Namun dengan sokongan dari keluarga dan sahabat2 ku, aku mampu bangkit semula. Tapi aku bangkit demi mengejar cita-cita aku dan juga untuk keluarga tersayang. Tidak lagi untuk impian aku yang sudah hancur. Alhamdullilah sekali lagi, aku masih mampu tersenyum demi keluarga dan sahabat2 yang sentiasa ada untuk aku. Akhir-akhir ini kesihatan aku mula terganggu. Pada aku mungkin cuma sementara. Deman aku sudah sembuh, namun batuk masih belum hilang. sudah hampir 3 minggu batuk aku berlarutan sehingga la semalam menjadi semakin teruk, dada ku bagai di cucuk2, sakitnya Ya Allah.. hanya Dia yang tahu, namun aku cuba bertahan kerana tidak mahu kawan2 risaukan aku, dan aku juga tidak mahu menyusahkan mereka. Sehingga aku tidak mampu untuk makan apa jua makanan , aku hanya mampu minum susu dan makan buah kurma untuk mengalas perut. Oleh kerana batuk ku terlalu teruk, kawan menyuruh aku ke hospital. Thanks to "abg senior" dan kawan2 yang menemani aku ke hospital sampai 4 pagi. Terasa bersalah plak menyebabkan korang semua terpaksa menunggu sampai jam 4 pagi untuk menemani aku. Budi korang hanya Allah mampu membalasnya... setelah menjalani ujian doktor dan X-tray, Alhamdullilah, paru-paru aku dalam keadaan baik, namun menurut kata doktor, aku mungkin ada asma tanpa aku sedari mungkin jugak aku terkena jangkitan kuman. Untuk itu aku terpaksa berulang alik ke klinik untuk untuk melakukan beberapa ujian kesihatan lagi atas arahan doktor. Ya Allah... dari Engkau aku datang kepada Mu aku kembali... jika ada penyakit berbahaya maka kau sembuhkan la aku... Legakan la aku dari kerisauan ini... Semoga semuanya dalam keadaan baik-baik. Amin...

Monday 9 July 2012

First Day In This Semester...

HALOO HALOO HALOO!!!
Hari ni merupakan first day untuk semester baru. Tak tahu la kenapa sem ni agak bercelaru sedikit. Waktu sesi kuliah pun dah berubah, mana taknya sebelum ni kalau kuliah pagi, kelas akan mula pada jam 8.40, tapi sekarang jam 8 pagi. nasib la sapa yang susah bangun awal tu... ( biasanye budak lelaki la tapi perempuan pun ada jugak).  Agak sedikit keliru, kerana time table student dalam system tak lengkap. So, ada yang xtahu tentang kelas dia orang. Macam aku jugak,  time table student untuk section aku pon sama tak complete. Hanya ada 4 subjek sahaja. Emm pagi tadi selepas kelas INTERNASIONAL BUSINESS, aku pergi jumpa mentor iaitu Madam Fatehah, untuk dapatkan confirmation tentang subjek yang perlu aku ambil. Rupa2nya aku perlu ambil 6 subjek untuk semester ni .

  • Internasional Business
  • Career Management
  • Operation Management
  • Entrepreneuship
  • Investment Analysis
  • Personal Financial Management

Batch aku adalah batch pertama yang akan mengambil subjek baru iaitu PERSONAL FINANCIAL MANAGEMENT.  Oleh kerana subjek ini tak ada section dalam time table, terpaksa la aku isi borang ADD/DROP juga untuk subjek Investment Analysis.


Apa-apa pun harap semester ni aku dapat buat yang terbaik dan lebih baik dari semester lepas. Lagipun ini semester terakhir sebelum aku menjalani latihan industri. InsyaAllah, aku yakin aku boleh buat yang terbaik dengan berkat doa dan restu dari abah dan mama tercinta. INSYAALLAH...

Restu dan doa itu yang menjadi kekuatan untuk aku.. terima kasih abah terima kasih ma di atas segala pengorbanan, dorongan dan kasih sayang yang xberbelah bagi dan sentiasa ada di waktu aku jatuh dan sokongan untuk aku bangkit kembali . Juga adik-adik tersayang, angah, achik, aus, han dan adik.  Juga buat arwah adik ku, kau sentiasa dalam ingatan walau kau tiada di sisi kami lagi. Ya Allah, tempatkan la arwah dikalangan orang-orang yang soleh... Amin.. :)

Sunday 8 July 2012

Nilai Seorang Manusia


Rasullulah bersabda yang bermaksud ;
" sesungguhnya Allah s.w.t tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu "
( Riwayat Muslin)

Nilai seorang manusia yang paling utama terletak pada amal perbuatan yang dilakukannya, sesekali bukan pada rupa paras. Jika baik tingkah lakunya, maka baik la dia pada pandangan kita dan begitulah sebaliknya. Namun pada pandangan Allah, selain tingkah laku dan amalan, nilai yang terpenting adalah pada niat orang yang melakukan sesuatu amalan perbuatan itu sendiri.
Niat bermaksud tujuan sesuatu perkara dilakukan iaitu sejauh mana keikhlasannya. Sesuatu kebaikan yang ada `udang di sebalik batu` tidak boleh di kategorikan sebagai ikhlas. Ikhlas adalah membuat sesuatu kebaikan semata-mata kebaikan itu sendiri dan tidak mengharapkan balasan selain daripada balasan Allah.
Ikhlas dalam kerja bermakna dia tidak akan melaksanakan kerja yang di amanahkan itu sekadar melepaskan batuk di tangga atau bukan semata-mata kerana upah yang di terimanya setiap bulan. Bahkan dia menganggap kerjanya itu sebagai satu ibadah yang diwajibkan ke atasnya dan harus dilaksanakan dengan sempurna.
Bekerja dengan niat yang ikhlas dan meningkatkan produktiviti dan dapat menghasilkan kerja-kerja yang bermutu. Keikhlasan itu akan dapat menjamin kehidupan yang mulia di dunia dan akhirat. Itulah yang kita harapkan.

Wednesday 4 July 2012

Coming Back !!!

Assalamualaikum n salam sejahtera semua....

hmmm cuti sudah pun berlalu pergi... Now aku kembali semula ke kampus.. Untuk meneruskan sesi pengajian ku untuk semester baru. semester ni aku dh jadi pelajar tahun 3. Bermakna ni adalah tahun akhir pengajian ku. InsyaAllah, kalu xada apa-apa semester ni merupakan semester last aku kat kampus. Then next semester aku akan menjalani Latihan Industri. Doakan aku kawan-kawan semua ye...  Esok adalah hari pendaftaran. so malam ni kena la prepare apa2 yang perlu di bawa esok. mana tahu kot2 nanti tertinggal plak. Untuk menghabiskan pengajian ni aku kena ambk 13 jam kredit lg.. so aku perlu ambk 5 subjek lagi... apa2 pun harap aku dapat buat yang terbaik... Alhamdullillah semester lepas result aku meningkat berbanding semester lepas2.. Pengalaman jadi guru yang terbaik.. Alhamdullillah aku bangkit lagi demi mengejar cita-cita aku.....


P/s : Good luck untuk diri sendiri.. huhu