Saturday 8 December 2012

Praktikal !!!

Salam buat sesape jer yang baca entry ni or terbaca or pape la kan... hmm kali saya nak share pasal PRAKTIKAL. Awal bulan satu nanti saya akan menjalani latihan industri selama 4 bulan sebelum saya menamatkan pengajian saya di kolej.


Untuk pengetahuan semua, sebelum saya agak risau dan boleh dikatakan gelisah yang amat sangat. Maklumlah tarikh akhir untuk mendapatkan jawapan dari mana-mana company semakin hampir. Perkara yang sama juga berlaku pada rakan-rakan yang lain, namun ramai jugak yang sudah mendapat jawapan.. Saya rasa banyak jugak permohanan yang telah saya hantar, namun satu pun jawapan belum saya perolehi.
Ya Allah. macam mana ni, hati tidak tenang.. Hanya doa dan sabar yang mampu buat saya masa sekarang.. 

Naruto!
Naruto!
Naruto!sleepy kittysleepy kitty

Alhamdulillah... selang beberapa minggu, akhirnya saya sudah dapat jawapan. Walaupun tidak dapat tempat latihan yang di ingini, tidak kisah lah asalkan dapat jugak di saat akhir. Fuhhh... LEGA. Itu yang boleh saya gambarkan disini.. hehhe..


Akhirnya selesai juga... Hmm akhirnya saya mengambil keputusan untuk menjalani latihan praktikal di PDRM Bukit Aman.. hheheh Polis tu... Hah tapi saya bukan jadi polis tau.. cuma buat latihan kat jabatan pengurusan. Kira ok la tu kan.. apa pun saya cuma berharap agar saya dapat menjalani latihan indusri ni dengan baik dan sempurna. saya juga harap kawan-kawan saya pun begitu juga. :)

#tetiba ase nak buat ayat skema hehehe...# Naruto!

Wednesday 5 December 2012

Sebab Allah temukan Kita dengan orang yang salah ???

Salam... kali saya nak share apa yang saya baca tadi. Ini post dari seorang kawan saya di laman facebooknya. Hmm saya tertarik dengan tajuk ini.. Kenapa Allah temukan kita dengan orang yang salah? Pasti ada sebabnyakan.. Kita sebagai manusia, kadangkala menyalahkan takdir Allah bila kecewa atau di timpa sesuatu musibah. Ini salah. dan saya rasa ingin berkongsi dengan kawan-kawan semua. Saya jugakpernah mengalami musibah ini... kecewa, putus asa dan rasa down sangat. Semangat hilang entah di mana, semua impian saya hancur di tengah jalan. 

Namun Alhamdulillah, Allah masih sayangkan saya. Dia mengirimkan sahabat-sahabat yang  baik, yang sentiasa bersama susah dan senang. Alhamdulillah dengan bantuan dan sokongan sahabat- sahabat saya ini lah, saya bangkit semula dan masih mampu berdiri lagi serta kembali tersenyum... pada saya, Allah ingin menguji saya dan ujian itu buat saya lagi tabah dan sabar dengan cabaran kehidupan ini....

Ini lah antara sebab kenapa Allah temukan kita dengan orang yang salah sebelum dia temukan kita dengan yang sebenarnya....


  1. memang Allah sengaja menemukan dengan orang yang salah supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar, masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
  2. memang Allah sengaja menemukan dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.
  3. memang Allah sengaja menemukan dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanya la makluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah.
  4. memang Allah sengaja menemukan dengan orang yang salah supaya kita dapat kasih sayang yang terbaik untuk diri kita.
  5. memang Allah sengaja menemukan dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukan lah pilihan yang terhebat kita dan kehidupan kita pada masa depan.
  6. memang Allah sengaja menemukan dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
  7. memang Allah sengaja menemukan dengan orang yang salah supaya KITA JADI MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.
  8. memang Allah sengaja menemukan dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
  9. memang Allah sengaja menemukan dengan orang yang salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.
Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan Allah dengan melaksanakan suruhanNYA dan meninggalkan laranganNYA. PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yang menadah tangan meminta dengan penuh PENGHARAPAN hanya padaNYA.

p/s: Takdir Allah itu sangat indah.... :)