Saturday 30 March 2013

Hanya Sebulan lagi !!!

 

Chak ahh, Chak ahh... hehee setelah lama hamba menyepi, kini hamba kembali lagi... perghh klasik x ayat aku??? HEHEHE untuk entry kali ni kisah nya lebih kurang sambungan entry yang lepas, sebab tu tajuknya hampir sama. Hmm  lama dah aku tak menjenguk ke laman belog ni kan... bukan apa masa sentiasa cemburu kan aku.. entry yang lepas aku bagitau yang aku dh sebulan praktikal, tapi kali ni aku nak bagi tau yang aku ada sebulan lagi sebelum aku abis praktikal. Cepat betul masa berlalu pergi kan kan kan....

Hanya tinggal sebulan lagi untuk aku menjalani latihan industri itu sebelum aku menamatkan pengajian ku ini. Inilah saat2 akhir aku sebagai srikandi untuk berjuang menamatkan sesi pengajian selama 3 tahun ini. YUP... hanya tinggal sebulan sahaja lagi untuk aku "bekerja" dan jugak memerah otak untuk menyiapkan laporan serta presentation nanti. Banyak maklumat yang perlu aku kumpulkan untuk aku lengkapkan laporan itu nanti. setakat ni aku hanya siapkan draf sahaja. sebenarnya aku tak tahu ape yang aku nak cerita dalam entry kali ni, sebab kepala aku ni asyik fikirkan report tu aje. aku sebenarnya risau, maklum lah markah untuk report tu banyak. 60% . banyak tu... Apa2 pun aku kena jugak usahakan. aku cuma harap dapat buat yang terbaik. Insyaallah dengan berkat doa insan-insan tersayang.

Pengalaman??? Hmm macam2 pengalaman yang aku dapat. Macam2 perangai dan ragam manusia yang kenal. Ada yang duka dan ada juga yang duka nya.. itu semua aku xmau cerita la.. biarlah jadi sejarah yang tidak tertulis tapi sentiasa dalam ingatan aku. ini perjuangan aku yang terakhir untuk kali ini. mudahan ada sinar yang menanti selepas ini. Amin....