Saturday 20 July 2013

Cabaran di Bulan Puasa !!!


HAI semua, apa khabar, sori, dah lama aku tak membebel kan belog ni kan... bukan apa semenjak aku dah keje ni, masa tu terlalu berharga, maklum saja la balik kerja dah kul 6.30 kul 7.30 baru sampai rumah, itu pun semint dua sebelum orang azan magrib.. itu lah lumrah hidup kat kota raya ni... ceh macam aku sorang plak yang kerja kan kan kan...

Hmm sebelum tu aku nak ucapkan selamat berpuasa dan selamat berhari raya tak lama lagi. aku cakap awal sebab aku pon xpasti boleh lepas ni bila plak aku akan membuat sesi luahan perasaan kan sini. hehe entah la semenjak kebelakangan ini aku jadi malas plak nak berbelog bagai ni.... 

banyak cerita yang terjadi... sekarang aku dah kerja sebagai kerani cabuk jer pun... tu pon kontrak... alahaiiiiiiii bila la aku nak dapat kerja yang betul2 ni... padahal aku konvo pun belum lagi hehehheh....

Hmmm cakap pasal kerja ni, kerja aku setakat ni xde lah susah sangat, aku kerani bahagian stok... maklum la kerja kat pasaraya besar... tiap-tiap hari aku kena update stok n seminggu sekali kena hantar report kat HQ...  pagi2 bila ada brifing  pagi2 nak kena baca pasal sales... bukan main puluh-puluh tapi juta2 beb.. hahhah

dan... semalam AUDIT OOS... dari HQ... huahuahua aku ase stress giler banyak kot kena komplin dengan pihak atasan mengenai POP iaitu harga barang. kecian supervisor lagi teruk kena sebb dia yg masuk meeting. apa2 pun alhamdulillah dah settle...

Hah sekarang pasal personal aku plak hehheh first.. TAHNIAH buat si dia di atas Pertauliahan Diraja sebagai Pegawai Tentera. Gambar??? sori xleh nk expose sgt kat sini bahaya.. heheh

hmmm aku rasa setakat ni saja la kot aku membebel, nt ada masa aku sambung balik hehhe.. tu pon kalu korang sudi nak membaca luahan yang entah pape ni...

p/s : doakan kami supaya cepat2 melangkah ke step seterusnya.. hehehh insyaAllah...
sedikit cemburu la bila tgk ramai kawan2 dah berkeluarga hehehe
*gatal*
^,-
:)



Saturday 6 July 2013

10 SEBAB KENAPA KAMU PERLU SENYUM !!!

1. Senyuman bukan hanya sekadar tindakbalas gerak muka, tetapi turut mempunyai hubungan dengan penghasilan endorphin di dalam otak dan mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi. Jadi ia turut menjadikan seseorang itu berasa jauh lebih selesa dan yakin dengan diri sendiri.

2. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah dengan menambah kemasukan oksigen dalam darah dan hal ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan dengan lebih cepat.

3. Mengakhiri senyuman dengan ketawa mampu menyahaktifkan bahan kimia dalam badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan juga ulser.

4. Senyuman adalah ekspresi muka yang terhasil dengan merenggangkan otot dihujung mulut dan di sekeliling mata. kajian juga menunjukkan senyuman merupakan respon daripada rangsangan tertentu yang mengambarkan kegembiraan. 

5. Penyelidik jerman menjelaskan bahawa mereka yang memiliki ekspresi raut wajah yang senang hati, tampil menarik termasuk kelihatan lebih muda daripada usia mereka yang sebenarnya.

6. Universiti Illinois, Amerika Syarikat telah melakukan satu kajian yang membuktikan bahawa apabila seseorang itu gembira dan selalu tersenyum, hayatnya boleh mencapai satu dekad lebih berbanding mereka yang tidak senyum.

7. Menurut kajian sains, senyuman akan melepaskan sejenis hormon yang dipanggil endorphin iaitu hormon yang membuatkan manusia berasa gembira.

8. Tahukah kamu, apabila kita senyum, badan kita akan menghasilkan antibodi dan sel T atau sel darah putih yang akan memberikan imunisasi optimum kepada badan.

9. Senyuman dapat mencegah sakit sembelit pada waktu pagi. Pergerakan Peristaltik (gerakan otot pada saluran percernaan) usus masih pelahan, namun apabila kamu tersenyum pada waktu berkenaan, gerak usus tersebut akan terangsang akibat daripada kontraksi otot perut hasil daripada kesan senyuman kamu tadi.

10. Senyuman juga boleh dijadikan penawar pada penyakit rohani yang kronik.




SENYUMAN ITU JUGA SEDEKAH : ) ^,-