Sunday 15 July 2012

15 july 2012

Ya Allah...
Betapa kerdilnya diri aku dihadapan MU... tu lah sifat manusia, bila sihat, senang lupa pada DIA yang satu.. termasuk la diri aku sendiri... Kerana kesihatan aku yang mula terganggu sejak akhir-akhir ini, selera makan aku juga sudah hilang. Tu la salah satu nikmat yang Allah telah ambil kembali dari aku. Aku jadi takut untuk mengambil sebarang makanan pun, kerana aku pasti bila aku cuba makan aje, confirm lepas tu aku akan muntah kembali. Kadang-kadang aku dah tak tahan sangat, sakit dan penat sangat bila lepas muntah. tenaga pun kurang. Tekak tu xpayah citer la macam mana sakitnya, sampai semput pun ada. buat masa sekarang aku hanya mampu minum susu untuk mengalas perut. Laparnya xpayah citer la Allah jer yang tahu. Tapi aku serik dan aku takut untuk makan , aku takut aku akan muntah kembali. Aku sendiri pun xtau apa sakit yang aku ada ni... Ya Allah andai ini ujian untuk sedarkan aku, andai ini boleh dekatkan aku pada MU, aku redha.. mungkin sebelum ini aku hamba yang lalai...

No comments:

Post a Comment