Saturday 31 March 2012

10 kebaikan untuk otak kita...


COKLAT


Tahukah anda bahawa coklat sangat bergizi pada perkembangan otak?. Para ilmuwan tela membuktikan bahawa kandungan antioksidan yang ditemui dalam dua atau tiga senduk sudu makan serbuk coklat itu lebih kuat daripada antioksidan yang terdapat dalam makanan lain.


IKAN


Ikan secara keseluruhan sangat bermanfaat untuk kesihatan terutama untuk otak. Ikan penuh dengan khasiat Omega-3 sekali gus dapat mengurangkan penyakit Alzeeimer. Omega-3 juga menyediakan lebih banyak oksigen ke otak, serta memungkinkan seseorang untuk menyimpan informasi lama. Ikan terbaik untuk kesihatan otak adalah ikan salmon dan tuna.

SAYURAN BERDAUN HIJAU


Sayuran berdaun hijau seperti sawi, bayam dan lain-lain, sangat baik untuk otak anak-anak dan orang dewasa. Makanan ini penuh dengan vitamin B6, B12 dan folat yang merupakan senyawa penting yang diperlukan dalam otak. Sayuran ini juga mengandungi zat besi yang tinggi. 

KEKACANG


Mencari snek kecil sekaligus baik untuk otak anda? Ambillah snek dari kekacang dan biji-bijian seperti kacang Hazel, almond, walnut, biji bunga matahari dan jenis kekacang yang lain. Kekacang dan biji-bijian penuh dengan asid lemak Omega-3 dan Omega-6, folat, vitamin E dan vitamin B6. Semua nutrisi ini membantu anda berfikir dengan lebih positif. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama untuk kanak-kanak.

BUAH BERRY



Blueberry sangat baik dalam meningkatkan kemampuan belajar seseorang. kebanyakan berry termasuk blackberry, blueberry, raspberry dan lain-lain penuh dengan antioksidan yang sangat baik untuk meningkatkan kesihatan otak. Ia dapat membantu membalikkan efek penuaan pada otak dengan makan buah ini sekali sehari. kebanyakkan berry mengandungi fisetin dan flavenoid, yang sangat baik untuk meningkatkan daya ingatan.

REMPAH-RATUS


Rempah terdapat dalam pelbagai jenis masakan. Ada rempah kari, ketumbar, kunyit, jintan putih, kayu manis dan macam-macam lagi. Tahukah anda rempah-rempah ini sangat bermanfaat untuk otak? Ia bertujuan menjadikan otak kekal segar sepanjang masa. Sebagai bahan utama, serbuk kari mengandungi antioksidan yang membantu melawan penuaan otak dan memelihara fungsi `kognitif` saat usia bertambah.  

TELUR


Semakin meningkat usia, otak manusia semakin lemah. Tetapi kite boleh menanganinya dengan rutin memakan telur. Telur mengandungi banyak vitamin B12 serta lesitin. mestipun begitu, telut tidak sihat jika dimakan terlalu banyak. Kuning telur tinggi kolestral. Cukup 1-2 biji sehari.

TEH HIJAU


Ada di antara anda suka minum kopi di waktu pagi? Cuba gantikannya dengan secangkir teh hijau. Minuman ini bermanfaat pada otak kerana mengandungi catechin. Pernahkah anda mengalami hari-hari di mana anda berasa letih dan lesu? Mungkin anda kekurangan catechin dalam otak. Catechin bermanfaat untuk menjaga pemikiran agar sentiasa tajam dan segar.

BIJIRIN GANDUM PENUH


Beras merah, oatmeal, roti whole grain dan gandum adalah antara kumpulan dalam makanan ini. Ia adalah untuk meningkatkan aliran darah ke otak. Makanan berbentuk bijian ini mengandungi banyak vitamin B6 di dalamnya. Menurut pengkaji ilmiah, memori seseorang mula menurun ketika usia menjangkau 60-an dan di awal 70-an. Jadi bijian sangat bagus untuk usia begini.

 TIRAM


Menurut kajian yang dijalankan, makanan ini sangat bermanfaat untuk otak. Tiram kaya dengan zat besi dan membantu menajamkan pemikiran seseorang. Dalam 100 gram tiram, ia mengandungi protein sebanyak 11 gram protein, dan 4 gram lemak, dan D ( calciferal ). Mineral yang terkandung adalah besi, sodium, magnesium, kalsium, zink dan lain-lain lagi. 





Gotong-royong ngn budak2..

salam.. hai semua.. hari sy nk shre pengalaman sy semalam.. pergi gotong-royong perdana kat sk selayang..
apa yang specialnya.. sy melukis la hehhe.. macam xcaya ada bakat terpendam... walaupun just lukisan biasa-biasa jer tapi at least saya boleh lukis gak kan....

apa-apa pon kite breakfast dulu....

ok perut dah kenyang jom mula kerja... pembahagian tugas diberi oleh cikgu kat sekolah tu.. saya plak kena lukis n warnakan logo internet kat blok makmal.. hah.. gambar dia kat ni..


ni kawan2 baru nak mula lukis la...



hah ni dah mula warna2 tapi belum siap lagi la..


kecian kat adik ni kena conteng muka dengan abang2 siswa kan...


hahha ni hasil kerja saya walaupon xcomel sgt tp atleast jadi la jugak kan...


dan akhirnye tadaaaaaaaa... ni la dia.. hehhe ok tak?
emm,..



bersama DATUK SOHAIMI..... PENGERUSI KPTM....

Sunday 25 March 2012

Hati bersuara lagi...


Ya Allah.. beratnya aku rasa ujian dari mu....
hati ku masih merintih sayu bersuara...
apa yang harus aku lakukan agar luka semalam dapat aku sembuhkan....
sakitnya rasa mencintai seseorang yang telah melukakan hati perasaan kita... kadang-kala aku bingung memikirkan soal ini.. dimanakah penghujung yang harus aku tamatkan? Ya Allah... aku mohon diperkuatkan mental dan fikikal ku... agar aku tabah menharungi hari-hari yang mendatang..
mengapa sukarnya melupakan rasa yang telah tertanam di sudut hati kecil ku ini.. 
mengapa sukarnya untuk aku menbuang jauh dari dunia hidup ku..
mengapa susahnya untuk aku menerima insan lain lantaran kerana seorang yang pernah melukai aku...
Ya Allah... lagi sakitnya hati aku bila di suruh menerima orang lain...
Ya Allah...
Aku juga mohon kepada Mu...
buangkan la rasa cinta itu dari dlm diri ku, kerana ia amat berat untuk aku simpan...
 tetapi hadirkan rasa cinta itu untuk insan yang bergelar suami pada untuk ku... 
Ya Allah..
aku juga mohon pada Mu...
Buangkan lah ingatan ku pada dia agar.. ingatan ku hanya untuk bakal suami ku..
Ya Allah..
aku juga mohon pada Mu..
Hindari la ku dari kelakuan2 yang mengundang maksiat, .. pelihara la diri ku...
Ya Allah..
Pertemukan aku dengan seseorang yang boleh membimbing aku ke jalan MU..
yang boleh memimpin keluarganya mencari redha MU...
dan yang boleh menerima diri ku seadanya......
Moga masih ada cerah untuk aku pada hari esok... 
Bilakah saatnya aku dipertemukan dengan pemilik tulang rusuk ku?
Pasti akan ku tunggu saat indah itu Ya Khaliq..
Titipkan salam ku padanya walau di mana dia berada...
Pertemukan kami dalam keadaan mulia dan penuh rahmat-Mu..
Amin.....

Friday 23 March 2012

Makan lagi...


Heheh.. makan lagi... disebabkan hari ni kelas aku ada gap yang lama, kelas  ORGANIZATIONAL BEHAVIOR abis awal, then kelas COMMERCIAL LAW plak  kul 3 ptg, so aku ada gap 3 jam kat situ.... member2 ajak g makan... mula2 xtahu nak g makan kat mana, last2 terfikir dah lama xg makan kat satu tempat ni.. Agak-agak kat mana tu???
Taman Warisan, kat putrajaya.... heheh tapi aku lupe presint brape... ok la not bad la makanan kat sana.. orang pun ramai gak yang pergi makan kat situ. maklumlah waktu lunch kan ramai la....


HAh ni dia ABC rm 3.50 hehehhe dia buat mcm gunung la plak...  


ni dia si roommate ku yang kecoh  hehhe ( sori aeiza)
mana satu la nak makan la nk online la hehhe berfacebook aje kerjanya.. makan abis dulu la....
 br la online ker ape ......sedapnya laicikang......
sebenarnya ada lagi kawan... tapi dorg ni si jejaka pemalu katanya hehhe
next time kite letak picture dorg plak...


Tu dia..... semua dah hampir siap makan... duduk rilek jap...
pastu sempat la juga aku ronda2 kat gerai kat depan kedai tu, coz kalu xsilap ada expo pertanian...
ok la tu jer entri kali ni... sajer nk share ...

Sunday 18 March 2012

Hasil tangan guee...


First aku tengok kuih ni masa g makan tengah hari ngn member2 sekelas kat Asam Pedas bangi. Pahtu tengok ada kuih ni... cantik n comel jer so aku try la beli kan,... RM3 bermakna 50 sen sebiji.. mahal gak la.. tp sebab dah teringin aku beli la nak rasa... so nod bad...
Kebetulan aku cuti midterm seminggu so aku balik kampung kat klate ...
Ase macam nak try buat la... jadi aku pun cube la satu resipi ni... hahha akhirnya jadi gak walaupun xsama ngn yang aku beli.. tp ok la kan..



P/s... sape2 yg ada resipi br blh la shre ngn sy ye.. sekadar mencuba....


Saturday 3 March 2012

Bila tiba minggu exammmm.....


Jam dah menunjukkan 2.30 pagi... Hmmm nescafe jadi peneman setia di kala ini.. sebab tak nak bagi ngantuk sebenarnya heheh... jom bancuh IPOH WHITE COFFEE... sebenarnya xelok amalkan kopi ni selalu. kopi kan banyak kafein tak baik untuk kesihatan... Tapi jarang-jarang xpelah la... nak study malam kan... just hari minggu jer la berjaga malam untuk study.. :P



Perhhh... minum panas-panas sodappp...... hilang sikit rasa mengantuk tu... kopi dah ada apa lg moh ler kite study.. jom buka buku introduction financial.... wahhhh.. banyaknya formula nak kena hafal nak kena ingat ni... ni baru satu subjek... okey la kite nak stop dulu.. nak smbg study... kawan2 semua doakan kite erk.. satu minggu ni kite ada test 1.... bai baiiiiiiiiiiiiiii.... 


http://www.emocutez.com