Thursday 12 July 2012

Mungkin itu ujian untuk aku !!!

Alhamdullillah...
Itu yang mampu aku ucapkan... Ujian demi ujian di takdirkan untuk aku.. Alhamdullillah, itu bermakna Allah sayangkan aku dan mahu menguji aku. Dimana ketaatan aku sebagai hamba, ikhlaskah aku dalam beribadat selama ini... Ya Allah... terasa diri ini penuh dosa... Ya Allah, ampunkan la aku, ampunkan la dosa2 ku yang lalu, aku cuma seorang hamba yang banyak khilaf, terlalu banyak khilafnya sama ada aku sedar atau tidak. Setahun yang lalu aku di uji dengan ujian yang teramat berat hingga aku tidak mampu bangun. Kehilangan nenek tersayang, 3 bulan kemudian aku kehilangan adik tersayang dalam kemalangan jalan raya secara mengejut benar2 memberi kesan pada keluarga ku dan juga menganggu fikiran aku, terutama di waktu itu aku sedang menghadapi ujian akhir semester. Namun aku dan keluarga redha di atas apa yang terjadi. Semoga arwah adik ku di tempatkan di kalangan orang2 yang soleh. Amin... di kala ini aku betul2 perlukan semangat dan sokongan dari dia.. Namun Tuhan sekali lagi menguji aku... Dimana kesetiaan aku dikhianati sekelip mata, hati dan perasan aku bagai di cincang lumat. Cukup sakit itu untuk sekali. Namun dengan sokongan dari keluarga dan sahabat2 ku, aku mampu bangkit semula. Tapi aku bangkit demi mengejar cita-cita aku dan juga untuk keluarga tersayang. Tidak lagi untuk impian aku yang sudah hancur. Alhamdullilah sekali lagi, aku masih mampu tersenyum demi keluarga dan sahabat2 yang sentiasa ada untuk aku. Akhir-akhir ini kesihatan aku mula terganggu. Pada aku mungkin cuma sementara. Deman aku sudah sembuh, namun batuk masih belum hilang. sudah hampir 3 minggu batuk aku berlarutan sehingga la semalam menjadi semakin teruk, dada ku bagai di cucuk2, sakitnya Ya Allah.. hanya Dia yang tahu, namun aku cuba bertahan kerana tidak mahu kawan2 risaukan aku, dan aku juga tidak mahu menyusahkan mereka. Sehingga aku tidak mampu untuk makan apa jua makanan , aku hanya mampu minum susu dan makan buah kurma untuk mengalas perut. Oleh kerana batuk ku terlalu teruk, kawan menyuruh aku ke hospital. Thanks to "abg senior" dan kawan2 yang menemani aku ke hospital sampai 4 pagi. Terasa bersalah plak menyebabkan korang semua terpaksa menunggu sampai jam 4 pagi untuk menemani aku. Budi korang hanya Allah mampu membalasnya... setelah menjalani ujian doktor dan X-tray, Alhamdullilah, paru-paru aku dalam keadaan baik, namun menurut kata doktor, aku mungkin ada asma tanpa aku sedari mungkin jugak aku terkena jangkitan kuman. Untuk itu aku terpaksa berulang alik ke klinik untuk untuk melakukan beberapa ujian kesihatan lagi atas arahan doktor. Ya Allah... dari Engkau aku datang kepada Mu aku kembali... jika ada penyakit berbahaya maka kau sembuhkan la aku... Legakan la aku dari kerisauan ini... Semoga semuanya dalam keadaan baik-baik. Amin...

No comments:

Post a Comment