Sunday 26 February 2012

Tip Amalan Soleh..





Bercelak:
Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda "hendaklah kalian bercelak dengan menggunakan batu celak ( al-itsmid) kerana batu celak dapat menperjelaskan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata". (Riwayat Tarmizi dan Abu Dawud.)

Berpakaian:
Ummu Salamah meriwayatkan " pakaian yang paling di sukai Baginda Rasulullah SAW ialah pakaian gamis" (Riwayat Tarmizi dan Abu Dawud.)

Mengenakan Cincin :
Ali bin Abi Thalib meriwayatkan "Baginda Rasulullah SAW memakai cincin di tangan kanan Baginda "  (Riwayat Tarmizi, Abu Dawud, Nasa`i dan Ibnu Hibban.)

Berjalan:
Ali bin Abi Thalib meriwayatkan " apabila Baginda Rasulullah SAW berjalan, tubuh Baginda tegap seperti sedang menuruni tanah yang landai " (Riwayat Tarmizi dan Hakim.)

Bersandar:
Jabir bin Samurah r,a meriwayatkan " aku melihat Rasulullah bersandar ke bantal di sisi tubuh Baginda " (Riwayat Tarmizi, Ahmad dan Abu Dawud .)

Makan: 
Ka`ab bin Malik r.a meriwayatkan " Rasulullah SAW makan menggunakan ketiga jari Baginda. selepas makan Baginda menjilat jari ketiganya". (Riwayat Tarmizi, Muslim, Abu Dawud dan Ahmad.)

Minum:
Ibnu Abbas r.a meriwayatkan " ketika Baginda Rasulullah SAW minum, Baginda menarik nafas (menghela) dua kali". (Riwayat Tarmizi dan Abu Syaikh.)

Berbicara:
Anas Ibnu Malik ra meriwayatkan " Rasulullah SAW mengulangi perkataan Baginda tiga kali supaya lebih difahami (oleh pendengarnya)". (Riwayat Tarmizi dan Hakim.)

Tertawa:
Abdullah bin Harits r.a meriwayatkan " tawa Rasulullah SAW adalah senyuman ". (Riwayat Tarmizi.)

Bergurau:
Anas bin Malik r.a meriwayatkan " betapa baiknya cara Nabi SAW mengauli kami. Baginda berkata wahai saudara ku yang masih kecil, 'wahai Abu Umair, apa yang sedang dilakukan oleh burung nughair?' " (riwayat Tarmizi, Bukhari, Abu Dawud, Nasa`i dan Ahmad.)

Tidur:
Aishah r.ha meriwayatkan " setiap kali hendak tidur pada malam hari, Rasulullah SAW selalu menyatukan kedua tapak tangan Baginda seraya membaca surah al-ikhlas, al-falaq dan an-nasr. kemudian Baginda meniup kedua-dua tapak tangan Baginda. setelah itu dengan kedua-dua tapak tangan, Baginda mengusap bahagian tubuh yang terjangkau, di mulai bahagian kepala, wajah, lalu bahagian depan tubuh Baginda. hal itu Baginda lakukan sebanyak tiga kali". (Riwayat Tarmizi, Abu Dawud, Ibnu majah, Amad dan Nasa`i.)

Membaca Al-Quran:
Ya`la bin Mamlak bertanyakan pada Ummu Salamah tentang cara Rasulullah SAW membaca Al-Quran. menurut Ummu Salamah, "Rasulullah SAW membaca Al-Quran dengan sangat jelas. kalimat perkalimat." (Riwayat Tarmizi, Abu Dawud, dan Nasa`i.)

Ibadah:
Abu Hurairah r.a meriwayatkan, " Rasulullah SAW melaksanakan solat sehingga kedua-dua kaki Baginda bengkak. Beliau bertanya, `mengapa engkau lakukan hal ini padahal  engkau mengetahui bahawa Allah SWT telah mengampuni dosa mu yang telah berlalu dan akan mendatang"? "Baginda menjawab, Tidakkah aku menjadi hamba yang bersyukur"?. (riwayat Tarmizi dan Abu Khuzaimah.)

No comments:

Post a Comment