Monday 20 February 2012

Derma darah...


Derma Darah??? huhuhu mesti ramai yang alasan kan, takut jarum la, takut darah la. hmm apa yang aku nak citerkan kata sini adalah kelebihan bila kita menderma darah kita. sebenarnya banyak kebaikannya cuma kita jer taknak tahu kan.. takpelah kat sini Qia share kan.. nanti senang2 baca la... Tapi yang penting biarlah kita ikhlas menderma. tak kira la derma apa pun...

Tahukah anda, tindakan menderma darah akan mengurangkan paras ‘iron’ di dalam darah. ‘Iron’  
   adalah oksidan yang akan meningkatkan radikal bebas di dalam tubuh. Jadi apabila anda 
   menderma darah sekurang-kurangnya sekali dalam setahun, anda akan mengalami penurunan 
   tahap ‘iron’ dan ini turut mengurangkan risiko serangan jantung pada diri.



6 Kelebihan menderma darah:

1.Manfaat bagi hati manusia.
Peningkatan kadar zat besi dalam darah membuat seseorang  berisiko untuk menghidap penyakit jantung. Zat besi yang terdapat berlebihan dalam darah menyebabkan pengoksidaan kolesterol. Produk pengoksidaan akan disimpan di dinding arteri, meningkatkan kemungkinan serangan jantung dan angin ahmar. Menderma darah dengan teratur membantu untuk mengekalkan tahap zat besi dalam darah, sehingga dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.

2.Merangsang pengeluaran sel darah merah.
Menderma darah dapat mengurangkan jumlah sel darah merah dalam darah. Sumsum tulang akan mengisi semula jumlah sel darah merah yang hilang. Akibatnya darah penderma di-'refresh' setiap kali darah disumbangkan. Oleh itu, menderma darah membantu untuk merangsang pengeluaran sel-sel darah baru.

3.Membantu dalam penurunan berat badan.
Menderma darah adalah cara termudah untuk diet dan membakar kalori. Menyumbang sekitar 450 ml membantu untuk membakar sekitar 650 kalori dalam tubuh penderma. Dengan demikian ianya membantu dalam penurunan berat badan.

4.Membantu dalam menentang hemochromitosis
Hemochromitosis atau gangguan kelebihan zat besi adalah kelainan genetik di mana besi akan terakumulasi dalam jaringan tubuh. Punca utama dari masalah ini adalah metabolisme yang tidak benar dari zat besi dalam tubuh. Keadaan ini bahkan boleh menyebabkan kerosakan organ. Orang dengan kelebihan zat besi kecil, dengan mudah dapat menyumbangkan darah dan menurunkan kadar besi darah mereka. Hal ini akan membantu untuk melawan penyakit ini.

5.Membuatkan psikologi penderma diremajakan.
Menyumbangkan sesuatu yang berharga kepada yang memerlukan, penderma memberikan kepuasan psikologi. Perasaan direvitalisasi dengan menyumbang darah secara teratur.

6.Penderma secara automatik diberi amaran penyakit serius.
Darah penderma diuji. Ujian meliputi HIV, hepatitis B, Hepatitis C, Sifilis dan malaria. Penderma akan dimaklumkan mengenai keputusannya jika menghidapi sebarang penyakit serius.



Kebaikan Derma Darah Mengikut Pakar Perubatan Sains
Pendermaan darah boleh merangsang badan menghasilkan lebih banyak sel darah baru. Secara tidak langsung ia meningkatkan taraf kesihatan penderma kerana sel darah baru mempunyai keupayaan membawa oksigen yang jauh lebih baik berbanding sel lama.
Ini menyebabkan ramai penderma darah merasa lebih segar dan sihat selepas menderma darah, di samping dapat membantu orang lain. Malah, rata-rata penderma memberi maklum balas mereka lebih tenang kerana mengetahui darah mereka digunakan untuk menyelamatkan nyawa pesakit. “Selain itu, penderma darah boleh berasa tenteram kerana mempunyai tahap kesihatan baik. Ujian darah dijalankan ke atas semua penderma, walaupun mereka penderma tetap.
- Pakar Patologi Pusat Darah Negara (PDN), Dr Norris Naim
dalam artikel Derma Darah Sihatkan Badan
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN, Harian Metro



 Ini info yang aku dapatkan untuk mana2 yang kata derma darah tu boleh mengemukkan.

Bukan punca gemuk
“Sedangkan, jangka hayat darah adalah terhad kerana darah merah boleh digunakan dalam tempoh 42 hari sahaja manakala platelet hanya boleh bertahan lima hari,” katanya.
Beliau juga menjelaskan, bekalan darah bukan sahaja untuk kegunaan mangsa-mangsa kemalangan tetapi juga diperlukan untuk kes-kes kronik yang memerlukan pemindahan darah seperti talasemia, buah pinggang, kanser, leukemia kes-kes pembedahan dan sebagainya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Perubatan di Pusat Kesihatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Dinon Mohd. menjelaskan, sekiranya penderma darah mengalami pertambahan berat badan, ia bukan berpunca daripada aktiviti menderma darah tetapi disebabkan oleh faktor lain.
“Masalah kegemukan selepas menderma tak benar, jika ini berlaku ia berkemungkinan disebabkan oleh faktor genetik, emosi, pemakanan atau kurangnya aktiviti riadah seseorang itu,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Kesihatan Zon Klang Lama, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Dr. Umi Ahmad berkata, menderma darah mampu dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.
“Kecekapan badan penderma menggunakan zat besi akan bertambah kerana garam galian ini diperlukan untuk menghasilkan sel-sel darah merah baru dan proses ini boleh membantu badan mengawal kandungan zat besi dalam badan dan mengelak masalah pengumpulan zat besi berlebihan pada jantung,” katanya.




jadi kesimpulannya, mana kita tahukan dengan setitis darah yang kita dermakan mungkin boleh menyelamatkan nyawa seorang manusia ataupun mungkin lebih... Hanya Allah yang tahu....
Saya sekadar berkongsi pendapat......

No comments:

Post a Comment