Monday 14 January 2013

Hari Pertama Aku Sebagai Pelajar Praktikal...!



islam1.gif

Bismillahirahmanirahhim.....

Hari ini hari isnin, bertarikh 14 Januari 2013. Hari ini merupakan hari pertama aku sebagai pelajar praktikal. Macam-macam perasaan ni, takut pun ada, maklum la suasana tempat kerja nanti macam mana la.. harap dapat la BOS yang baik. 

Alhamdulillah dengan segala nikmat yang diberi kepada ku sehingga saat ini. Bangun pagi dengan satu senyuman. Doa ku untuk hari ini semoga segalanya berjalan lancar. Terasa sedikit lain hari ini berbanding hari-hari sebelumnya sebab biasanya bangun pagi pukul 6.30 pagi solat subuh, kalu sempat boleh study sekejap then lepas tu bersiap untuk pergi kuliah, tu pon kalu ada kuliah pagi. Tapi hari ini kena bangun lagi awal. Pukul 5.30 pagi dah kena bangun. Solat subuh dan doa yang baik2 untuk diri sendiri dan semua orang. Kemudian aku bersiap sesimple yang mungkin jer.. Baju kurung biru dan tudung purple jadi pilihan aku untuk hari ini.

Dengan lafaz Bismillahirahmanirahhim.. saya melangkah masuk ke bangunan pejabat yang menempatkan jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, untuk melapor diri. Rupanya ada sorang lagi dari kolej yg sama cuma kampus berbeza.. Aku di tempatkan di bawah admin, manakala budak sorg lagi tu di bawah induksi. Alhamdulillah... semua kakitangan dalam jabatan tu mesra.. lebih2 lagi abang2 polis yang terlebih mesranya.. Aku bolayan jer la... Tapi ternyata dorang semua mesra jadi takdelah aku ase segan sangat.. lagi2 dua orang kat ain tu... hepy go lucky jer... kecoh satu ofis. hhaa..

Pertama, aku di kenalkan dengan semua staff-staff dalam jabatan tersebut. Dari staff bawah sampai la staff teratas sekali yg berpangkat dato`2... segan plak asenya. Selepas itu aku di bawa ronda2 satu Ofis... hahha kecoh-kecoh.. Mana taknya... diorang suka mengusik.. Lagi2 kalu ada budak baru dan perempuan. Hmmm biasa la tu kan...

Selesai jer meronda-ronda semua jabatan dalam pengurusan tu, Aku di bagitahu ada meeting untuk semua staff perempuan.. so termasuk la aku, walaupun aku ni budak praktikal. Meeting tersebut pasal aktiviti isteri2 pegawai... Pihak atasan mahu semua staff aktif dalam persatuan ni.. Aku pon dh lupe persatuan ape.. next time aku citer ye... 2 jam jugak la meeting tu... Bosan la sebab aku budak baru... staff pon ramai lagi aku xkenal... Xpe la pelahan2 lepas ni dah kenal hammmm... tengok la nanti.

Rezeki aku... heheh hari pertama ni save budget makan tengahari.. Jabatan aku adakan jamuan makan untuk meraikan Staff2 yang telah menerima anugerah perkhidmatan cermelang. Apa lagi kan makan free.. hehhe.

Lepas waktu rehat tu, ada la sikit2 aku belajar cara2 merekod surat-menyurat... Hammm selesailah cerita aku untuk hari ni...


semoga esok lebih baik.....






1 comment:

  1. Blh bgi thu x pakaian masa praktikal tu cm ne bagi perempuan dan lelaki dan apa yh perlu di bawa semasa lapor dir..tq

    ReplyDelete