Thursday 10 January 2013

Everythings is new ...!!!

Assalamualaikum ..
Ku hulurkan sebagai pembuka bicara untuk entry kali ini untuk tahun baru 2013. Hmm kenapa tajuk kali ini "everythings is new" ? Nak tahu? meh sini nak citer sikit...

Friendship : Funny Happy 2013 card

First.... Selamat tahun baru 2013 walaupun dh brape hari dah masuk tahun baru tapi xpe lah... Hmm Mulanya tahun baru ni, saya nak mulakan hidup baru. Kenapa dengan hidup lama?? Hah sebab, cukup la
kisah lalu itu saya jadikan pengalaman dan pengajaran untuk saya terus lalui liku-liku kehidupan ini yang penuh dengan ujian dan dugaan setiap detik... Sedar tak sedar dah 2 tahun perkara tu berlalu. Tapi sekarang saya mulai sedar.. kenapa masih mengharap pada perkara yg samar-samar. Kenapa tak cuba bagi peluang pada diri untuk merasai kembali erti kebahagiaan tu. Hmm ye memang saya mengaku, saya masih lagi mengharap. Tapi mulai saat ini tahun baru ni,  saya tak nak dah fikir-fikir lagi. Saya nak jadi orang baru yang penuh dengan senyuman. Bolehkan.....  Yesssss.. itu lah yang sepatutnya saya lakukan dari dulu lagi. Okey saya akan cuba bagi peluang kan diri sendiri untuk bahagia. InsyaAllah saya boleh lakukan...

Friendship : Funny fingers Stock Photo

Yang keduanya, hari ini merupakan hari pendaftaran untuk pelajar lama kos AB101. Semester ni merupakan semester terakhir untuk saya menamatkan pengajian ini. Semester 6. Isnin nanti saya dah kena lapor diri di tempat latihan industri yang telah di tetapkan. Kat mana tu??? Hah... saya akan buat Latihan Industri kat Jabatan Pengurusan PDRM Bukit Aman. Bila bagitau kawan, diaorang mesti perli " jadi polis ker" hahahha .. apa ingat kalu kerja kat PDRM jer jadi polis ker... Hmm dengar cerita dari kawan tadi, merata2 tempat kawan2 saya buat LI, ada yang buat kat Bernama Tv, kat media prima, kat putrajaya dan macam2 company lagi la.. Apa pun saya harapkan kawan2 saya semua berjaya dan dapat menjalankan tugas dengan baik...


Hmm ape lagi nak cerita erk.. hammm apa2 pun harap dapat tempuhi  hari-hari akan datang dengan senyuman yang penuh keceriaan......
Love_and_friendship : Hands with Heart and Love

Hadapilah hari-hari mendatang dengan senyuman yang ikhlas..
moga hari-hari kita sentiasa ceria...
sayang buat semua.....:)

1 comment:

  1. Hiii, it's been years since you've been sharing this writing. I'm going to do my internship soon idk maybe in Bukit Aman or Petronas Klcc. And  just reading all your writing calms me down. Alhamdulillah thank you, and I would also hope that you already meet your happiness and satisfactions in life as your wish, aminn and salam perkenalan <3.

    ReplyDelete