Monday 6 August 2012

Alhamdulillah, Hidayah itu....

Assalamualaikum...
Sebenarnya inilah kisah aku...  aku cuma seorang insan biasa, berasal dari kampung. Dulu aku juga bertudung labuh, namun mungkin masa tu aku tidak ikhlas. jadi lama-kelamaan aku cuma menjadi insan biasa. Keluar pun pakai baju t-shirt, seluar jeans.. mesti korang boleh bayangkan macam-mana kan. Tapi aku masih bertudung la.. Mungkin terikut-ikut dengan kawan-kawan.

Tapi, sejak akhir-akhir ni, aku mula terfikir. Apa yang sebenarnya aku mahukan dalam hidup ini. Macam mana cara hidup aku yang sebenarnya?? Walaupun adik aku banyak menegur, kadangkala aku buat endah tak endah jer. Tapi sekarang tidak lagi... aku pun tak tahu macam mana aku nak cerita. Tapi ini lah yang aku alami.

Semejak aku mengikut usrah. banyak yang membuatkan aku terfikir. Betapa jahilnya diri ni. menutup aurat sekadar sahaja. Bila berjumpa dengan rakan2 usrah, hati ini sejuk melihat mereka, bertudung labuh, berjubah. Entah kenapa hati ini tertarik-tarik untuk ke arah itu. Seakan ada sesuatu yang memanggil-manggil.

Dan aku rasa mungkin ini la perubahan yang perlu aku lakukan, aku ingin mulakan sedikit demi sedikit. Aku mula memakai stokin dan berbaju labuh dari biasa. InsyaAllah moga Allah permudahan urusan aku ini. Aku ingin sekali kembali macam dulu. bertudung labuh InsyaAllah. Itu niat aku.

Ada jugak dikalangan rakan-rakan yang menyokong. Tapi ada juga yang pandang semacam. Namun aku tidak kisah. Aku cuma ini menjadi diri aku dan cara aku. Mungkin dulu aku banyak buat silap dan aku mahu baiki kesilapan itu.

Subhanallah...
Betul la apa yang pernah aku baca, kata-kata dari irma hasmin. " dulu orang kurang hormati dia, berjabat tangan, berlaga pipi dan sebagainya, namun setelah perubahan pada dirinya yang baru, dia lebih dihormati. orang nak bergambar pun mintak izin dulu tdk mcm dia dulu2". Begitu juga yang aku Alami. Semenjak perubahan demi perubahan yang aku lakukan, aku rasa lebih di hormati, apa2 pun oarang di sekeliling aku akan mintak izin or tanya dulu apa-apa yang berkenaan la jika melibatkan diri aku.

Subhanallah...
Alhamdulillah, jiwa aku kini rasa lagi tenang. aku terasa lagi dekat dengan tuhan. Dan aku terasa betapa jahilnya aku. dan aku perlu belajar tentang agama dengan lebih baik. Aku juga pernah terbaca satu entri di satu blog mengenai penghijrahannya dari budak biasa sehingga la terbuka hati untuk berjilbab labuh , dan banyak lagi kejadian yang berlaku di sekeliling aku. Dari situ la aku mula berniat untuk berubah kearah yang lagi baik. Mudahan niat aku ini ikhlas kerana Allah dan kerana agama ku.

P/s : ini bukan untuk menunjuk-nunjuk cuma aku ingin berkongsi apa yang aku rasakan...

No comments:

Post a Comment