Saturday 6 July 2013

10 SEBAB KENAPA KAMU PERLU SENYUM !!!

1. Senyuman bukan hanya sekadar tindakbalas gerak muka, tetapi turut mempunyai hubungan dengan penghasilan endorphin di dalam otak dan mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi. Jadi ia turut menjadikan seseorang itu berasa jauh lebih selesa dan yakin dengan diri sendiri.

2. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah dengan menambah kemasukan oksigen dalam darah dan hal ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan dengan lebih cepat.

3. Mengakhiri senyuman dengan ketawa mampu menyahaktifkan bahan kimia dalam badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan juga ulser.

4. Senyuman adalah ekspresi muka yang terhasil dengan merenggangkan otot dihujung mulut dan di sekeliling mata. kajian juga menunjukkan senyuman merupakan respon daripada rangsangan tertentu yang mengambarkan kegembiraan. 

5. Penyelidik jerman menjelaskan bahawa mereka yang memiliki ekspresi raut wajah yang senang hati, tampil menarik termasuk kelihatan lebih muda daripada usia mereka yang sebenarnya.

6. Universiti Illinois, Amerika Syarikat telah melakukan satu kajian yang membuktikan bahawa apabila seseorang itu gembira dan selalu tersenyum, hayatnya boleh mencapai satu dekad lebih berbanding mereka yang tidak senyum.

7. Menurut kajian sains, senyuman akan melepaskan sejenis hormon yang dipanggil endorphin iaitu hormon yang membuatkan manusia berasa gembira.

8. Tahukah kamu, apabila kita senyum, badan kita akan menghasilkan antibodi dan sel T atau sel darah putih yang akan memberikan imunisasi optimum kepada badan.

9. Senyuman dapat mencegah sakit sembelit pada waktu pagi. Pergerakan Peristaltik (gerakan otot pada saluran percernaan) usus masih pelahan, namun apabila kamu tersenyum pada waktu berkenaan, gerak usus tersebut akan terangsang akibat daripada kontraksi otot perut hasil daripada kesan senyuman kamu tadi.

10. Senyuman juga boleh dijadikan penawar pada penyakit rohani yang kronik.




SENYUMAN ITU JUGA SEDEKAH : ) ^,-


No comments:

Post a Comment