Sunday 21 August 2011

4 Kategori Gelombang..

1. Gelombang Beta..
Gelombang minda kita berada dalam keadaan beta apabila kita sibuk bekerja dan sebagainya. Gelombang ini di alami oleh mereka yang stress, cepat marah dan sebagainya. Getaran ini amat rapat dan berkecamuk. Gelombang ini adalah gelombang yang di alami oleh semua manusia.



2. Gelombang Alpha..
Gelombang ini ketika minda berada di tahap rehat iaitu ketika kita sedang bersantai, memandu, mandi dan paling utama ketika kita solat Gelombang alpha ini tercetus ketika kita berada dalam keadaan separa sedar. contohnya ketika kita mandi, kita tidak berfikir perkara yang serius. Kita akan berkhayal, fikiran melayang, kadang-kadangkita terfikir perkara yang di luar bidang kita dan perkara yang kita tak ada ketika ini.


3. Gelombang Theta..
Gelombang ini dalam keadaan rehat mendalam. Keadaan bermimpi atau bermeditasi yang terlalu khusyuk. Gelombang ini selalunya di dapati pada mereka yang bertapa. ada juga perawat menggunakan hipnosis untuk merawat pesakitnya dan mengarahkan agar minda pesakit menukarkan gelombangnya kepada gelombang theta. Namun gelombang ini tidak banyak membantu bagi orang seperti kita yang masih mengejar cita-cita.


4. Gelombang Delta..
Corak gelombang minda yang paling lambat. Gelombang ini terbentuk ketika seseorang itu berada di tahap koma, tidak sedar diri atau di tidurkan. Ditahap ini seseorang itu tidak lagi berhubung dengan dunia nyata. Namun gelombang ini di perlukan untuk melakukan rawatan ke atas seseorang pesakit itu...

No comments:

Post a Comment