Saturday, 20 July 2013

Cabaran di Bulan Puasa !!!


HAI semua, apa khabar, sori, dah lama aku tak membebel kan belog ni kan... bukan apa semenjak aku dah keje ni, masa tu terlalu berharga, maklum saja la balik kerja dah kul 6.30 kul 7.30 baru sampai rumah, itu pun semint dua sebelum orang azan magrib.. itu lah lumrah hidup kat kota raya ni... ceh macam aku sorang plak yang kerja kan kan kan...

Hmm sebelum tu aku nak ucapkan selamat berpuasa dan selamat berhari raya tak lama lagi. aku cakap awal sebab aku pon xpasti boleh lepas ni bila plak aku akan membuat sesi luahan perasaan kan sini. hehe entah la semenjak kebelakangan ini aku jadi malas plak nak berbelog bagai ni.... 

banyak cerita yang terjadi... sekarang aku dah kerja sebagai kerani cabuk jer pun... tu pon kontrak... alahaiiiiiiii bila la aku nak dapat kerja yang betul2 ni... padahal aku konvo pun belum lagi hehehheh....

Hmmm cakap pasal kerja ni, kerja aku setakat ni xde lah susah sangat, aku kerani bahagian stok... maklum la kerja kat pasaraya besar... tiap-tiap hari aku kena update stok n seminggu sekali kena hantar report kat HQ...  pagi2 bila ada brifing  pagi2 nak kena baca pasal sales... bukan main puluh-puluh tapi juta2 beb.. hahhah

dan... semalam AUDIT OOS... dari HQ... huahuahua aku ase stress giler banyak kot kena komplin dengan pihak atasan mengenai POP iaitu harga barang. kecian supervisor lagi teruk kena sebb dia yg masuk meeting. apa2 pun alhamdulillah dah settle...

Hah sekarang pasal personal aku plak hehheh first.. TAHNIAH buat si dia di atas Pertauliahan Diraja sebagai Pegawai Tentera. Gambar??? sori xleh nk expose sgt kat sini bahaya.. heheh

hmmm aku rasa setakat ni saja la kot aku membebel, nt ada masa aku sambung balik hehhe.. tu pon kalu korang sudi nak membaca luahan yang entah pape ni...

p/s : doakan kami supaya cepat2 melangkah ke step seterusnya.. hehehh insyaAllah...
sedikit cemburu la bila tgk ramai kawan2 dah berkeluarga hehehe
*gatal*
^,-
:)



Saturday, 6 July 2013

10 SEBAB KENAPA KAMU PERLU SENYUM !!!

1. Senyuman bukan hanya sekadar tindakbalas gerak muka, tetapi turut mempunyai hubungan dengan penghasilan endorphin di dalam otak dan mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi. Jadi ia turut menjadikan seseorang itu berasa jauh lebih selesa dan yakin dengan diri sendiri.

2. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah dengan menambah kemasukan oksigen dalam darah dan hal ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan dengan lebih cepat.

3. Mengakhiri senyuman dengan ketawa mampu menyahaktifkan bahan kimia dalam badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan juga ulser.

4. Senyuman adalah ekspresi muka yang terhasil dengan merenggangkan otot dihujung mulut dan di sekeliling mata. kajian juga menunjukkan senyuman merupakan respon daripada rangsangan tertentu yang mengambarkan kegembiraan. 

5. Penyelidik jerman menjelaskan bahawa mereka yang memiliki ekspresi raut wajah yang senang hati, tampil menarik termasuk kelihatan lebih muda daripada usia mereka yang sebenarnya.

6. Universiti Illinois, Amerika Syarikat telah melakukan satu kajian yang membuktikan bahawa apabila seseorang itu gembira dan selalu tersenyum, hayatnya boleh mencapai satu dekad lebih berbanding mereka yang tidak senyum.

7. Menurut kajian sains, senyuman akan melepaskan sejenis hormon yang dipanggil endorphin iaitu hormon yang membuatkan manusia berasa gembira.

8. Tahukah kamu, apabila kita senyum, badan kita akan menghasilkan antibodi dan sel T atau sel darah putih yang akan memberikan imunisasi optimum kepada badan.

9. Senyuman dapat mencegah sakit sembelit pada waktu pagi. Pergerakan Peristaltik (gerakan otot pada saluran percernaan) usus masih pelahan, namun apabila kamu tersenyum pada waktu berkenaan, gerak usus tersebut akan terangsang akibat daripada kontraksi otot perut hasil daripada kesan senyuman kamu tadi.

10. Senyuman juga boleh dijadikan penawar pada penyakit rohani yang kronik.




SENYUMAN ITU JUGA SEDEKAH : ) ^,-


Monday, 10 June 2013

Kehidupan Baru Dengan Dunia Yang Penuh Cabaran..!!!


Salam buat semua... aku rasa sudah agak lama aku tidak menjenguk ruangan belog ini.... kan... kali ini baru berkesempatan maklum la bila dah abis belajar kerja la plak. bila dah kerja masa itu terlalu beharga.... faham- faham je la....

hammm kali ni aku nk citer tentang sukarnya untuk membina sebuah kehidupan. tetapi di sebalik kesukaran itu ada sesuatu yang tersembunyi yang aku tahu pasti bermakna untuk masa depan nanti.

Alhamdulillah, aku dapat lagi offer baru. walau pun cuma kerja biasa tapi aku rasa cukup bersyukur. sekurang-kurangnya aku dapat menambah pengalaman. Gaji plak?? Alhamdulillah... buat masa skrg aku rasa cukup la untuk menampung keperluan hidup aku sorang.. dah berkeluarga nanti lain citer plak... dan lepas la jugak untuk aku hulurkan pada keluarga ku di kampung nanti.. sekurang2nya aku dapat ringankan bebanan abah ku... itu niat utama ku... Moga Allah permudahkan urusan ku....

Alhamdulillah sekali lagi dan juga berkali2 ... syukur sgt aku dapat menamatkan pengajian ku. dan kini fokus ku kerja kerja dan bantu keluarga... aku peduli apa orang nak cakap pun ygt penting bagi aku adalah keluarga ku... dia orang segalanya bagi aku. cukup la aku merasa kehilangan seorang adik. semoga roh arwah adik aku di tempatkan di kalangan orang beriman...

Sekarang baru aku tahu betapa sukarnya untuk memulakan sebuah kehidupan.. maklumla... sebelum belajar dapat la duit pengajian untuk belanja sekarang kena la cari sendiri... aku ada impian aku sendiri.. aku ingin sangat mencapai ape yg aku nak... aku akan usahakan... aku amat bersyukur dan berterima kasih terutama kepada abah dan maa aku yang selalu bagi sokongan yang tak berbelah bagi... jugak buat adik-adik ku yang tersayang.. Along sayang korang.. nanti along belanja ye... Juga buat 'Awak' yang teristimewa terima kasih kerana selalu bagi sokongan dan nasihat yang bermakan buat saya. yang ada semasa saya susah n senang, dari dulu sampai sekarang awak sanggup tunggu saya. insyaAllah mudahan Allah makbulkan niat kita.. yang penting niat kita baik.^,^....


Apa pun bagi aku, aku anggap ini satu cabaran untuk aku.. biarlah aku susah sekarang. tp insyaAllah mungkin rezeki aku ada di masa depan... aku yakin dengan takdir ALLAH untuk ku....



Saturday, 18 May 2013

Title terakhir sebagai MAHASISWI ...



Title terakhir sebagai MAHASISWI ......

Syukur Alhamdulillah... segala puji bagi Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah... syukur sangat2.. 14/5/2013. Adalah tarikh di mana aku telah menyelesaikan laporan akhir Latihan Industri dan juga Presentation. 

Serius sehari sebelum tu, Ya Allah, aku rasa tension sangat2, bile aku tension mula la nk sedih2... bukan aku manja, cuma dah sifat aku cmni.. Lepas col mak baru hati rasa tenang sikit. tapi selagi xlepas, selagi makin dekat saat nak presentation tu, jantung aku ase cm nak tercabut pon ada.. Maklum lah ni perjuangan terakhir aku sebelum aku tamatkan sesi pengajian diploma aku tu... 

Dan... pagi tu aku datang awal2 ke kampus, ke bilik kuliah blok A, dimana aku akan buat presentation nanti. Ya Allah, jantung aku makin berdebar-debar. student yang present bersama aku ada 4 orang. salah seorang daripadanya budak kelas aku, dua orang lagi aku xkenal.

Ketarg lutut oii... maklum la aku sorang present tapi dengan 3 orang lecture... present aku jap jer, tapi soklan dia kasi.. fuhhhhh boleh tahan... sepatah jer kuar malay kat mulut aku terus kena sound  " English please" . Hahahah aku main jawab jer.. entah pape... kejab xkejap jugak la... member aku cakap dekat 40 minit jugak aku kat dalam tu, lama jugak ye..

Alhamdulillah syukur sangat2.. sebab report aku xde masalah, xkena buat balik means xkena reject la.. lega sangat. Then lepas tu aku g la jumpe lecture yang pernah mengajar aku, n juga my mentor yang happening sgt madam Fatehah.

emm apa lagi erk aku nak citer kat entry ni... jap nak fikir dulu, hehheh...

Haha... Lepas ni cari kerja... Then xsabar tunggu nak konvo nanti.. InsyaAllah...  oleh kerana hari pon dah lewat malam, mata aku pon nak tertutup ni, izinkan aku berhenti di sini.. ada masa sambung pada entry lain plak.. Wsalammmm.......

Sunday, 21 April 2013

Only One Week??


Biasa la semua orang cakap masa itu cepat berlalukan. Ye betul ape, tengok aku la, aku rasa cam baru jer lapor diri untuk praktikal, tapi ini adalah antara minggu-minggu terakhir untuk aku menjalani praktikal. Wahhh lepas ni hilang la title MAHASISWI tu.. hehhe. Tapi yang penting biarlah aku menamatkan latihan industri ini dulu sebab ini salah satu syarat untuk aku bergaraduat nanti.

Oooo yehhh... orang kata mesti best nk abis belajar kan, pasni dah cari kerja. Hah.. sebenarnya aku rasa sekarang pon aku dah rasa bahang dia, maklum la nak siapkan report praktikal ni susah jugak. lagi2 kena buat dalam bahasa englishhh... poning pala den nk memikionya... Then lepas tu aku nak kena fikirkan soal KERJA plak... maklum la lepas ni banyak benda nak kena pakai duit, nak membayar hutang PTPTN lagi... Hutang ni wajib di bayar walau tidak di tuntut.. betul tak kawan2...

Harap-harap la semuanya berjalan lancar dan aku akan menamatkan pengajian ku ini dengan sempurna.. InsyaAllah...  Harap dapat la berkonvo bersama kawan2 sekuliah nanti... 


Monday, 1 April 2013

Audit 5S


Hah time ni time lunch, time ni la aku free sikit. Alhamdulillah baru lepas makan. hari ni kat opis tempat aku praktikal ada buat FITIK. Hah tu satu perkataan baru aku kira la.. bagi aku la. .. Fitik ni adalah persediaan untuk Audit. 

Heheh semua orang kat opis hari ni bzzzzzzzzzzzzzzz.. maklumlah esok kan de Audit 5S, so termasuk lah aku untuk membantu mereka membuat apa yang patut. segalanya perlu dikemaskkini. segala fail2 bagai yang perlu di lupuskan diletak satu tempat berasingan daripada fail-fail lain. Segala macam organisasi perlu ditukar baru. hehe tadi baru pegawai atas bising2.. hah bila orang atas dah bising la baru orang bawah nak gerak. Hahah biasalah tu kan.. mana-mana pun cam tu jugak. hehe ok la curi masa jap jer untuk entry ni. masa rehat dah hampir tamat. masa untuk berkerja plak. Assalammmmmm.. :)

Saturday, 30 March 2013

Hanya Sebulan lagi !!!

 

Chak ahh, Chak ahh... hehee setelah lama hamba menyepi, kini hamba kembali lagi... perghh klasik x ayat aku??? HEHEHE untuk entry kali ni kisah nya lebih kurang sambungan entry yang lepas, sebab tu tajuknya hampir sama. Hmm  lama dah aku tak menjenguk ke laman belog ni kan... bukan apa masa sentiasa cemburu kan aku.. entry yang lepas aku bagitau yang aku dh sebulan praktikal, tapi kali ni aku nak bagi tau yang aku ada sebulan lagi sebelum aku abis praktikal. Cepat betul masa berlalu pergi kan kan kan....

Hanya tinggal sebulan lagi untuk aku menjalani latihan industri itu sebelum aku menamatkan pengajian ku ini. Inilah saat2 akhir aku sebagai srikandi untuk berjuang menamatkan sesi pengajian selama 3 tahun ini. YUP... hanya tinggal sebulan sahaja lagi untuk aku "bekerja" dan jugak memerah otak untuk menyiapkan laporan serta presentation nanti. Banyak maklumat yang perlu aku kumpulkan untuk aku lengkapkan laporan itu nanti. setakat ni aku hanya siapkan draf sahaja. sebenarnya aku tak tahu ape yang aku nak cerita dalam entry kali ni, sebab kepala aku ni asyik fikirkan report tu aje. aku sebenarnya risau, maklum lah markah untuk report tu banyak. 60% . banyak tu... Apa2 pun aku kena jugak usahakan. aku cuma harap dapat buat yang terbaik. Insyaallah dengan berkat doa insan-insan tersayang.

Pengalaman??? Hmm macam2 pengalaman yang aku dapat. Macam2 perangai dan ragam manusia yang kenal. Ada yang duka dan ada juga yang duka nya.. itu semua aku xmau cerita la.. biarlah jadi sejarah yang tidak tertulis tapi sentiasa dalam ingatan aku. ini perjuangan aku yang terakhir untuk kali ini. mudahan ada sinar yang menanti selepas ini. Amin....