Wednesday, 18 January 2012

Di kala Gerimis...




Kala ini hujan turun renyai-renyai, roomate aku lena jer tido... xpe la xnak kacau dia, maybe penat baru habis kuliah... hmm lepas abis baca novel kat online aku pon bukak la MUKABUKU yang begitu femes sekarang. maklumlah, segala pasal kuliah, assigment n yang sewaktu dengannya semua post kat FB jer . senang katanya nak info kat semua. save bajet kredit. mesej awek ,pakwe xpe.. lain citer plak katanya... kata sape saya xtau okey... fikirlah sendiri....

Alhamdullillah.... tenet WIFI dapat plak hari.. dapat la aku online sepuas hati melayari belog yang entah pape ni.... hehhe..  first aku tgk la sape la nak add aku tu... kalu xkenal aku biarkan dulu, bukan sombong erk tapi memang style aku n xnak bg wall aku semak ngn orang yang aku xkenal..... cehhh berlagak tak??? pahtu aku tengok inbok plok... dh balas aku chek comment plok.. huhu.... byk jugak yang komen... femes gak  ker aku ni.... cehhhh perasaan la pulak...

Lepas aku balas semua komen2 diaorang tu... aku pun baca gak apa yang member2 aku post kat wall diaorang tu kan... macam-macam cerita la... ada yang citer best hari dapat kupon buku i malaysia tu... ada yang mengutuk orang la... ada yang meluahkan perasaan la... bak kata trademark  astro yg dulu-dulu tu... "macam-macam ada"... huahuahua... Tiba-tiba....

Aku ternampak kat ruangan FB.. `people may you know`.... nak tahu tak siapa??? Aku rasa xperlu la kot.. yang tu yang hati aku jer yang tahu...... bak kata kak siti nurhaliza penyanyi no 1 tu la... BIARLAH RAHSIA... sebenarnya banyak yang aku nak share tapi aku tak tahu dari mana nak mula...  cuma belog ni la aku rasa blh luah kan sikit apa aku yang pendam kan...  aku xkisah la apa orang nak kata... yang rasa sakit aku jugak... tapi apa pun aku tumpang hepy bila tengok kawan2 hepy... AKU??? aku pun hepy gak walau dengan cara aku. sebab aku jer  yang tahu.... 

Bila tengok kawan2 kapel sekarang... aku xrasa pun nak kapel.. kenapa erk...  maybe aku takut pengalaman yang berulang? mungkin jugak. dunia sekarang susah nak cari orang betul2 boleh terima diri kita seadanya... setia di sisi selamanya.... xkira la lelaki ker prempuan ker sama jer... Biar la aku tak mahu menyimpan dendam.. memaafkan itu lebih baik... aku serah kan segala pada NYA. hanya DIA yang maha mengetahui segala-galanya... Aku redha... moga ini terbaik buat `dia` jugak untuk aku...  bukakan la pintu hati aku untuk orang yang sebetulnya jodoh buat ku, untuk orang setia menanti aku dan bukan untuk orang yang mengkhianati kesetiaan itu ...mungkin cinta selepas kawin lebih baik. Biarlah masa jadi penentu..  Amin.....


..Ku sangkakan panas berpanjangan,
rupanya gerimis mengundang,
dalam tak sedar ku kebasahan,
pernah juga kau pinta perpisahan,
aku sangkakan itu hanya lah gurauan,
nyata kau serius dalam senyuman,
bukan sekejab dengan mu, bukan mainan hasrat ku,
engkau pun tahu niat ku tulus dan suci, 
senang benar kau ucapkan,
kau anggap itu suratan,
sikit pun riak wajah mu tiada terkilan,
hanya aku separuh nyawa menahan sebak di dada,
sedangkan kau bersahaja berlalu tanpa kata,
terasa diri amat terhina kau lakukan... 

Wednesday, 4 January 2012

Bengang !!!

Kalu sape-sape nak baca silakan, kalu xnak, xpayah diam-diam sudah. Lantak la korang nak kata apa, ni aku punyer blog, so suka hati aku nak tulis apa okey... Yang pasti hari ni mood aku betul tension, geram, xpuas hati, marah pun ada. Hari ni betul2 buat aku panas...  


Hari ni daftar untuk semester baru... yang buat aku geram, marah dan xpuas hati sebab tetiba jer aku kena kompaun sebab bilik kotor n xserah kunci bilik lama. dah la kena RM80 ringgit. xker mahal namanya. Yang aku pasti aku memang dah serah kunci tu. n bilik pon aku dah kemas. Yang aku pelik bile aku cheak kat system pelajar xada plak aku kena kompaun.  ee system ni betul2 gila agaknya. nampaknya semester ni kena ambik gambar untuk bukti nanti. betul2 aku xpuas hati.

Bukan aku jer yang kena, boleh katakan kebanyakan student yang tinggal kat hostel pon kena. paling2 tak pon kena RM30 ringgit. wah kaya tol kolej hari ni dapat pau duit student.  tapi ada gak yang kena lg banyak sampai RM120. yang peliknya semua tak tahu salah apa yang diorang buat. Notis kompaun pun diorang tak dapat. semua student bising pasal hal ni... betul2 sesak ruangan akedemik tadi...

Nasib aku agak baik sikit la.. Jumpa sorang kawan dia cakap kita boleh buat aduan kat unit pentadbiran, so aku pun buat juga komplain..  Jangan ingat kami boleh diam . kalu betul kami salah atleast bagi la tahu sebab apa.

So, harap lepas ni pihak2 berkaitan boleh membaiki lagi system yang sedia ada kepada lebih elok. supaya kejadian hari ini tidak lagi berulang.  Aku bukan apa, cuma nak luah rasa terkilan dan xpuas hati. Ini blog aku. so suka hati aku la.....

kesibukan akan bermula....

salam buat semua....
rasanya xsalah n xterlambat untuk qia ucapkan selamat tahun baru 2012...
harap tahun ni akan lebih bermakna. pergi la 2011 yang banyak memberi duka untuk aku... dah-dah tau mau sedih2 kan... hai sekejab jer dah habis cuti dah... cepat tol masa berlalu. buka tahun  baru bermakna bermula la semester baru bagi pelajar kolej macam aku ni. sekarang aku dah masuk semester 4.  well, aku harap semester ni aku lebih fokus la.. xmau  main-main...  untuk semester ni aku ambik 6 subjek,
  • Organizational Behavior
  • Commercial Law
  • Islamic Business
  • Introduction To Finance
  • Introduction To Cost & Management Accounting
  • Bahasa Arab
Fuhh... ada rasa gerun tak??? sahut cabaran.. insyaAllah janji kita usaha. Betul tak???



Tuesday, 15 November 2011

cuti semester bermula !!!

salam semua...
hah asenye agak lama x menjengah kat ruangan blog ni, maklum la sibuk dengan peperiksaan akhir semester. lagipon kita baru lepas menyambut hari raya aidilahda. esok adalah paper last qia, paper E-COMMERCE CONCEPTS & APPLICATION. lepas tu dah start cuti semester.. ase macam baru masuk jer semester tapi dah abis semester.  so, SELAMAT BERCUTI SEMUA....

Saturday, 29 October 2011

Doa ku...

Ya ALLAH...
Seandainya telah kau catatkan
dia milik ku, tercipta untuk ku,
satukan lah hatinya dengan hati ku,
titipkanlah kebahagiaan antara kami,
agar kemesraan itu abadi....

Ya ALLAH ...
Ya TUHAN ku yang maha mengasihi,
seiringkanlah kami melayari hidup ini,
ketepian yang sejahtera dan abadi....

tetapi Ya ALLAH...
seandainya telah kau catatkan,
dia bukan milik ku,
bawalah ia jauh dari pandangan ku...
luputkanlah ia dari ingatan ku...
pelihara aku dari kekecewaan...

serta Ya ALLAH...
ya tuhan ku maha mengerti,
berikanlah aku kekuatan,
melontar bayangnya jauh ke dada langit,
hilang bersama senja nan merah,
agar bisa ku bahagia,
walau tanpa bersamanya...

dan Ya ALLAH yang tercinta,..
gantikan lah yang telah hilang,
tumbuhkanlah kembali yang telah,
walau tidak sama dengan dirinya....

dan Ya ALLAH Ya tuhan ku....
pasrahkan lah aku dengan takdir mu,
sesungguhnya apa yang telah kau takdirkan,
adalah terbaik untuk ku, kerana kau yang maha mengetahui,
apa yang terbaik buat hamba mu ini....

Ya ALLAH...
cukuplah kau saja yang menjadi pemelihara ku,
di dunia dan akhirat,
dengarlah rintihan hamba mu,
yang daif ini...
jangan kau biar aku bersendirian,
menjurus kearah kemaksiatan dan kemungkaran,

maka kurniakan aku,
seorang pasangan yang beriman,
supaya aku dan dia sama-sama,
membina kesejahteraan hidup,
ke arah jalan yang Engkau redhai....
kurniakanlah aku keturunan yang soleh....

Amin ya rabbal a`lamin......




Wednesday, 26 October 2011

Buku ooo Buku...

salam semua.... and happy deepavali untuk kawan2 beragama hindu..


hah setelah beberapa hari qia balik umah makcik kat KL, hari qia nak balik bangi dh, so naik ktm kat KL SENTRAL, member adik ada bagitahu ada pesta buku kat sana.. pesta BUKU?? heheh , qia ni memg xleh dengar buku2 ni... msti nak kena pergi ni... heheh BUKU adalah salah satu kegemaran qia...

so, pergi la tgk2 dulu kononnya la.... hai (sbnrnye xleh percaya pon)...ronda2 tgk byk gak buku2 yg berkenan tapi time tu xcukup bajet la plak so xleh la beli byk2.. masa tengah2 ronda tu kat stage dia ada temubual bersama penulis buku sejarah2 islam, lupa plak nama apa, tapi qia sempat gak la snap gambar...


hehehe... banyak gak la buku2 yg di jual dari novel, kisah2 sejarah islam, buku2 motivasi dan mcm2 lg... bagi mereka yang suka membaca ini la syurganya tapi....... kena la ada fulusss..


 AL-QURAN  ni qia kagum sangat2. kitab ni dh agak lama la tapi xsure brape tahun. yang ajaibnya hanya bahagian tepi jer yg di makan anai2.. dkt2 tulisan tu masih elokk... inilah kebesaran Allah... kat bawah ni keterangan dia..

Hmmm... kuasa Allah...


novelllllllllllll....

 pelbagai buku2 berunsur keagamaan dan motivasi...


buku2 masakan pun ada juga...


tengah ronda tu ada la satu buku ni yang berkenan... MISTERI JODOH. Buku ni mcm motivasi gak la... jangan fikir bukan2 plak ye kawan2 semua.... sebenarnya banyak buku2 yang menarik tapi xcukup bajet hehhe...



sweet jer buku ni kan....???
Hmmmmmm...............

Monday, 24 October 2011

Bila perempuan menangis.....

hmm ni just nk share jer... link ni aku ambil kat FB...






BILA PEREMPUAN MENANGIS


Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki? Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis...

Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda.
... ...
Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya,
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan anda,
Hanya kerana anda?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Guys,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan. Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda. Kerana anda akan merosakkan hidup dia.

Guys, jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya...




SmileyCentral.com         SmileyCentral.com